Mahathir dan Muhyiddin kembali ‘bercium’

BEBERAPA ‘persembahan’ atas pentas politik menjadi tumpuan perkembangan semasa negara pada Khamis.

Media melaporkan, Mahathir mengakui beliau kini bersedia bekerjasama dengan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Muhyiddin sekiranya kedua-dua pihak dapat mencapai matlamat yang sama.

Kenyataan terbaharu itu sekali gus membayangkan kedua-dua bekas Perdana Menteri berkenaan berkemungkinan boleh kembali duduk semeja selepas bermusuhan selama lebih tiga tahun.

Dr Mahathir berkata, usaha untuk memperjuangkan nasib orang Melayu perlu dijadikan antara matlamat utama selain menolak individu yang terpalit dengan isu rasuah atau salah laku jenayah.

“Bila hilang kuasa, kita tidak boleh betulkan keadaan yang merugikan orang Melayu. Sebab itu kita perlu bersatu,” katanya dalam wawancara eksklusif bersama MalaysiaNow di Putrajaya pada Rabu.

Pada masa sama, selepas mengunci mulut mengenai pelawaan sebagai Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar akhirnya memberitahu, beliau akan mengadakan pertemuan bersama Muhyiddin dalam masa terdekat.

Bercakap menerusi podcast ‘Keluar Sekejap’ yang dikendalikannya bersama bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan, Khairy berkata, komen dan kritikan yang diterima daripada penyokong UMNO dan Pakatan Harapan (PH), bakal mempengaruhi keputusannya.

Selain itu, Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal yang turut menjadi tetamu podcast ‘Keluar Sekejap’ menafikan wujud gerakan untuk menggulingkan kerajaan menerusi ‘Langkah Sheraton 2.0’.

Sebaliknya beliau mengakui perkara itu mustahil untuk berlaku ketika ini mengambil kira pembangkang ketika ini tiada kekuatan.

“Macam mana kita nak ada perancangan nak buat ‘langkah Sheraton 2.0’, minggu lepas bila ada undian kita kalah di Parlimen.

“Jadi pembangkang tak ada kekuatan seperti yang ditakut-takutkan oleh PMX (Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim),” katanya.

Dalam perkembangan lain, Bekas Ahli Parlimen Kuala Pilah, Datuk Eddin Syazlee Shith pula, digugurkan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Negeri (BPN) PN Negeri Sembilan berkuat kuasa serta-merta.

Perkara berkenaan disahkan oleh Setiausaha PN Negeri Sembilan, Nazree Yunus.

Perkembangan semasa turut tertumpu mengenai isu kejatuhan ringgit ketika ini apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjawab dakwaan Ahli Parlimen Bachok dari Pas, Mohd Syahir Che Sulaiman.

Beliau menyangkal kejatuhan ringgit ketika ini disebabkan ketiadaan Menteri Kewangan sepenuh masa.

Sebaliknya, jelas beliau, ia disebabkan pelbagai faktor antaranya disebabkan kekangan antarabangsa.

“Suruh orang yang cadang itu, baca laporan ekonomi dan kewangan bukannya laporan Pas,” katanya.

Sementara itu, Malaysia diumumkan sebagai ‘Destinasi Mesra-Muslim Terbaik’ Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan ‘Destinasi Mesra-Wanita Muslim Terbaik’ oleh CrescentRating dan Mastercard pada Halal in Travel Awards yang diadakan di Singapura pada Khamis.Pada majlis sama, Malaysia sekali lagi mendahului senarai dalam carta ‘Destinasi Mesra-Muslim Terbaik’ dalam laporan Indeks Pelancongan Muslim Global (GMTI) 2023.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Individu Saksi Pelakon Lelaki Pukul Teman Wanita Berkali-Kali, Didakwa Memiliki Wajah Soleh

Mamu Kena Gari

Lelaki Tikam Kekasih 16 Kali, Pukul Dengan Bongkah Batu Depan Orang Awam

Video makan lauk terakhir dimasak ibu undang sebak

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker