Pulau Pinang negeri berdaulat, Sanusi jangan malu belajar ‘Perlembagaan’

 

SHAH ALAM – Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 jelas menyatakan Pulau Pinang menjadi sebahagian daripada Persekutuan Malaya sebagai sebuah negeri yang berasingan daripada Kedah.

Ahli Majlis Profesor Negara (Kluster Politik, Governan dan Undang-Undang), Profesor Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod berkata, menerusi perjanjian yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan itu, Pulau Pinang diiktiraf sebagai negeri di Semenanjung.



“Perlu difahami bahawa dalam konteks ini tidak timbul Pulau Pinang adalah sebahagian daripada Kedah kerana Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 telah menetapkan ada 11 negeri di Semenanjung.

“Jadi, kalau kata Pulau Pinang itu sebahagian daripada Kedah, maka hanya ada 10 negeri sahaja (di Semenanjung) dan dari segi perspektif perlembagaan (dakwaan Pulau Pinang kepunyaan Kedah) tidak betul.

“Pulau Pinang berdiri atas sebahagian daripada negeri yang tersendiri, sama juga seperti Kedah,” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kedudukan sebenar Kedah dan Pulau Pinang yang mencetuskan kontroversi ketika ini.



Ia susulan kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang mendakwa Kedah dan Pulau Pinang tidak ada sempadan kerana Pulau Pinang masih hak Kedah.

Muhammad Sanusi dalam masa sama mendakwa, Kedah hanya mempunyai sempadan dengan Perak dan Perlis.

Mengulas lanjut, Nik Ahmad Kamal yang juga Pensyarah Undang-Undang dan Perlembagaan di Universiti Taylor Malaysia berkata, kenyataan yang dikeluarkan Muhammad Sanusi itu dilihat lebih bersifat retorik politik.

“Isu retorik ini telah diutarakan ramai pihak sebelum ini, jadi saya tidak lihat apa yang dinyatakan Menteri Besar Kedah (Muhammad Sanusi) itu betul daripada segi persepektif perlembagaan,” jelasnya.



Pada Selasa, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Ramkarpal Singh dalam satu kenyataan berkata, dakwaan Muhammad Sanusi bahawa Pulau Pinang kepunyaan Kedah disifatkan tidak berasas.

Ujarnya, perkara berkenaan sepatutnya tidak menjadi isu kerana ia sudah jelas sejak zaman penjajahan British lagi Pulau Pinang telah diiktiraf sebagai salah satu Negeri Selat di bawah gabungan yang dikenali sebagai Straits Settlements.

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Individu Saksi Pelakon Lelaki Pukul Teman Wanita Berkali-Kali, Didakwa Memiliki Wajah Soleh



Mamu Kena Gari

Lelaki Tikam Kekasih 16 Kali, Pukul Dengan Bongkah Batu Depan Orang Awam



Video makan lauk terakhir dimasak ibu undang sebak

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker