Fyna bersemangat terus menyanyi dengan sokongan Zainal Abidin

Fyna bersemangat terus menyanyi dengan sokongan Zainal Abidin

Enggan mempersia-siakan peluang selepas menyertai program realiti, Famili Duo, penyanyi Fyna Jebat, 29, akan kembali aktif di pentas nyanyian dan bakal merakamkan single baharu.

Fyna yang sudah hampir sedekad ‘lenyap’ daripada arus perdana berkata, suaminya yang juga bekas jurulatih bola sepak kebangsaan, Datuk Zainal Abidin Hassan tidak menetapkan syarat untuknya kembali aktif dalam arena seni.



Sebaliknya, suaminya sentiasa memberi sokongan terhadap minat dan apa yang terbaik buatnya.

“Alhamdulillah, suami tiada halangan untuk saya kembali aktif dalam dunia nyanyian. Beliau tahu saya suka menyanyi.

“Malah, suami juga tidak meletakkan apa-apa syarat, sebaliknya sentiasa menyokong minat saya, asalkan perkara baik.

“Saya beruntung kerana memiliki keluarga dan peminat yang turut memberikan semangat untuk kembali aktif,” katanya kepada BH Online.



Fyna berkata, platform Famili Duo menjadi peluang kedua untuknya kembali ke lapangan nyanyian selepas sekian lama menyepi.

“Saya sudah lama tidak muncul di kaca televisyen, jadi program Famili Duo adalah permulaan baik untuk kerjaya saya.

“Saya dan kakak, Ayda Jebat sudah memberikan yang terbaik dan ia boleh dilihat menerusi persembahan kami setiap minggu.

“Saya bertuah mempunyai seorang kakak yang sentiasa bersemangat dan bertungkus lumus memberikan yang terbaik walaupun sibuk dengan anak kecil. Ayda tidak cukup tidur memikirkan konsep persembahan, setiap minggu,” kata Fyna.



Mengulas sudah bersedia berdepan dengan kritikan netizen, Fyna atau nama sebenarnya Nur Syafinaz Jebat berkata, dia mengambil setiap komen secara positif.

“Saya menerima setiap komen tak kira positif dan mahupun negatif dengan hati terbuka.

“Apa yang baik, saya ambil dan yang tidak baik, saya perbaiki diri sendiri.

“Apapun, saya memohon doakan baik-baik buat saya dan keluarga, Saya juga akan mendoakan yang baik buat anda semua,” kata pemenang tempat ketiga Akademi Fantasia (AF) musim kesembilan itu. BH



Fyna bersemangat terus menyanyi dengan sokongan Zainal Abidin

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Lompat Apek Lompat, Anwar buat apa tu (Video)



Luahan hati Mawar Karim

Suki Low menangis kerana Shila Amzah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker