Pelajar positif dadah selepas guna produk cerahkan kulit

BANGKOK: Kemasukan seorang pelajar berusia 19 tahun ke fakulti farmasi di sebuah universiti terkemuka di Thailand terjejas setelah remaja itu dikesan positif dadah.

Lapor thethaiger.com, pelajar perempuan itu percaya dirinya positif dadah jenis methamphetamine setelah menggunakan produk suplemen pencerah kulit yang dibeli dari aplikasi TikTok.

Ibu mangsa yang berasal dari wilayah timur laut Buriram tampil menyuarakan kekecewaan dengan perkara yang menimpa anaknya.

Menurut wanita itu, ketika kejadian, anaknya sedang bersiap sedia untuk memulakan pengajian di fakulti farmasi di universiti berkenaan.

Kata wanita itu, anaknya terpaksa menjalani saringan kesihatan yang merupakan sebahagian proses kemasukan ke universiti berkenaan.

“Jumaat lalu, dia menjalani saringan kesihatan di hospital yang mana doktor mengesan kesan methamphetamine dalam air kencingnya.

“Oleh itu, doktor tidak dapat mengeluarkan sijil kesihatan yang diperlukan bagi membolehkan anak saya mendaftar di universiti berkenaan,” katanya.

Mereka percaya punca kehadiran bahan terlarang itu adalah disebabkan suplemen pencerah kulit yang dipesan menerusi TikTok memandangkan pelajar itu tidak pernah menggunakan produk lain sebelum ini.

Sementara itu, berdasarkan iklan penjual, lebih sejuta produk suplemen yang lain dijual kepada pelanggan.

Wanita itu mendakwa membeli produk suplemen pencerah kulit selepas seorang rakannya mengesyorkannya.

Selepas kejadian itu, dia cuba menghubungi penjual untuk mengesahkan ketulenan produk berkenaan.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Qistina Raisah Mahu Puteri Balqis Cerita Hal Sebenar

Kami bukan ramas punggung pun – Aliff Syukri

Pengacara terkenal pilih untuk ‘Free-Hair’ sambut ulang tahun ke-39

Hanya kerana iPhone, wanita muda sanggup jadi pelacur online

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker