Bas Terakhir Malam Raya bocor, laporan polis dibuat, penerbit rugi RM2.6 juta

Bas Terakhir Malam Raya bocor, laporan polis dibuat, penerbit rugi RM2.6 juta

Kumpulan Floor 88 membuat laporan polis terhadap pemilik saluran YouTube atas dakwaan memuat naik secara haram rakaman penuh filem Bas Terakhir Malam Raya terbitan syarikat produksi, Floor 88 Holdings dalam media sosial.

Pemain keyboard kumpulan itu, Eric Fuzi berkata, perbuatan tidak bertanggungjawab pemilik saluran YouTube berkenaan membuatkan syarikat yang bekerjasama dua produksi lain, Silentkaiju Studio dan Motion Studio dalam pembikinan filem mengalami kerugian sebanyak RM2.6 juta.

“Laporan polis dibuat berikutan kebocoran filem di platform media sosial seperti Telegram, TikTok dan YouTube ketika filem masih lagi disiarkan di saluran Astro First.

“Isu ini bermula apabila pautan filem ini tersebar di aplikasi Telegram dan TikTok. Bila mendapat tahu kami membuat laporan dan pautan itu diturunkan.

“Bagaimanapun, saluran yang satu ini mengambil masa agak lama untuk diturunkan iaitu enam hari.

“Kami mendapati sepanjang tempoh itu, filem yang ditayangkan secara percuma itu mendapat jumlah tontonan sebanyak 168,000.

“Jumlah tontonan jika kita darab dengan jumlah langganan untuk menyaksikan filem iaitu RM15.90, nilainya adalah RM2.6 juta.

“Disebabkan sikap tidak bertanggungjawab pemilik akaun, kami mengalami kerugian besar,” kata Eric pada sidang media selepas membuat laporan polis di Balai Polis Travers, petang ini.

Turut bersama Eric, ahli kumpulan Floor 88, pengarah filem, Irwan Rauf serta dua wakil produksi, Silentkaiju Studio dan Motion Studio.

Eric yang juga pengarah bersama filem mendakwa, kemungkinan kebocoran filem ada kaitan dengan ‘orang dalam’.

“Berdasarkan video dimuat naik, ia langsung tidak mempunyai logo Astro First seperti yang sering kita lihat.

“Jika rakaman dibuat dengan menggunakan kaedah ‘screen recording’, saya percaya mesti ada logo yang tertera.

“Saya tak pasti apakah ia membabitkan orang dalam atau pun penggodam. Namun, besar kemungkinan berkaitan dengan mereka yang dekat dengan produksi filem ini,” ujarnya.

Sehubungan itu, Eric mengharapkan kes ini dapat disiasat agar pelaku dapat dibawa ke muka pengadilan.

“Isu hak cipta bukanlah perkara main-main. Memandangkan ini adalah julung kali kami menerbitkan filem, sudah tentu kami mengharapkan pulangan lebih untuk dijadikan modal pusingan pembikinan projek sepenuhnya.

“Lagipun, kerja pembikinan filem tidak mudah dan kos pembikinannya juga sangat tinggi kerana menggunakan teknik kesan khas.

“Saya harap kes ini dapat diselesaikan segera demi hak kami sebagai penggiat seni,” dakwa Eric.

Filem Bas Terakhir Malam Raya yang disiarkan di platform OTT itu sempena Aidilfitri, baru-baru ini menampilkan lakonan Floor 88, Syasya Rizal, Joey Daud, Hawa Rizwana, Ropie, Amir Masdi dan penampilan istimewa, Datuk Syafinaz Selamat. BH

Bas Terakhir Malam Raya bocor, laporan polis dibuat, penerbit rugi RM2.6 juta

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Puteri Sarah Lebih Cantik Pakai Baju Nikah – Netizen

Cincin tunang Shuib & Watie, lain dari yang lain

Nak beli mainan dengan adik, budak 6 tahun pandu kereta sejauh 2.5 km mengalami kemalangan [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker