Madani mengaku tidak bersalah
Madani mengaku tidak bersalah
Bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) sebuah agensi kerajaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas sembilan pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM4 juta.
Madani Sahari yang pernah menerajui Institut Automatif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) membuat pengakuan itu di depan Hakim Rozilah Salleh.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu antara Julai 2021 dan Februari 2022.
Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, Madani didakwa menggunakan hasil aktiviti haram untuk membeli RM1 juta dan RM2 juta Islamic Redeemable Preference Shares Class F pada 6 Sept 2021 dan 20 Okt 2021 di Pusat Perniagaan Subang, Subang Jaya.
Pertuduhan itu dilakukan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (Amla) 2001.
Dia juga didakwa secara tidak langsung terbabit dalam transaksi wang haram berjumlah RM250,000 ke akaun bank peguamnya, Tetuan Norizan & Associates melalui pengesahan dan kebenaran surat perintah pelepasan bertarikh 10 Julai 2021.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di Hong Leong Islamic Bank Berhad di Shah Alam dan pertuduhan itu dibuat mengikut seksyen sama Amla.
Madani juga didakwa secara tidak langsung terbabit dalam transaksi wang haram RM105,000 dan RM80,000 ke akaun Asyraf Hazwan Uzer melalui surat arahan pelepasan firma guaman itu pada 14 Okt 2021 dan 16 Nov 2021.
Bagi pertuduhan keenam, dia didakwa secara tidak langsung terbabit dalam transaksi RM200,000 hasil aktiviti haram ke akaun Intan Jusmira Jamaluddin menerusi surat arahan pelepasan firma guaman itu pada 17 Julai 2021.
Dia juga didakwa secara tidak langsung terbabit dalam transaksi RM170,000 dan RM65,000 hasil aktiviti haram ke akaun Tetuan Luqman Iswatt & Partners pada 21 Jan dan 21 Feb 2022.
Bagi pertuduhan terakhir, Madani didakwa secara tidak langsung terbabit dalam transaksi RM130,000 kepada Arrowtech Ventures Sdn Bhd melalui satu lagi surat arahan pelepasan pada 17 Nov 2021.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di bank sama dan dibuat mengikut Seksyen 4(1)(a) akta sama.
Kedua-dua seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 15 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah hasil aktiviti haram, jika sabit kesalahan.
Rozilah membenarkan kes itu dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur untuk dibicarakan bersama dua pertuduhan terdahulu tertuduh, atas permintaan Timbalan Pendakwa Raya Asraf Akhir.
Madani diwakili Rahmat Hazlan dan Rahmat Abu Bakar.
Sebutan semula kes pada 9 Jun ini.
Bulan lalu, Madani berdepan dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah RM5 juta dua tahun lalu. FMT
Madani mengaku tidak bersalah
Baca Artikel Menarik:
- Kem Najib akan sabotaj Umno dan PH?
- Pengurus maut bergaduh angkara sebut payudara besar
- Mierul Aiman tayang Sixpack, Netizen Pecah Ovari
- Pendakwah bebas ditegur tayang video ‘joget’ dengan isteri
- Lelaki biadap kencing ditempat wuduk telah ditahan polis
- Johan & Ozlynn terbang ke Ireland buat kejutan untuk anak buat semua menangis [VIDEO]
- Pengunjung restoran ‘bela saka’? Boleh makan 300 ketam 50 kotak durian
- Ibu durjana, 2 kali beranak 2 kali buang anak
- Kesantunan Agong, Permaisuri elak pijak plak peringatan dipuji [VIDEO]
- Sengaja gugurkan kandungan, Hafidz lapor polis terhadap Nurul Shuhada [VIDEO]
- Dakwaan gugurkan kandungan fitnah, Nurul Shuhada terkilan dan kecewa
- Dihisap pengurus hotel ketika tidur, mangsa mahu saman pihak pengurusan
- Azwan Ali buat rumah terbuka ‘ajak’ arwah ibu, ayah
- Syamsul kini berhadapan dengan tuntutan nusyuz oleh Puteri Sarah
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Nak beli mainan dengan adik, budak 6 tahun pandu kereta sejauh 2.5 km mengalami kemalangan [VIDEO]