Kala jengking dalam pesawat, penumpang malang disengat
Seorang wanita yang menaiki pesawat Air India dilaporkan disengat kala jengking ketika dalam penerbangan dari Nagpur ke Mumbai pada bulan lalu.
Lapor portal UPI, syarikat penerbangan Air India mengesahkan kejadian pada 23 April lalu, dengan menyifatkannya sebagai insiden yang sangat jarang berlaku.
Malah, syarikat penerbangan itu mengakui pernah berdepan beberapa kes lain membabitkan tikus atau burung ketika dalam penerbangan.
Menurut jurucakap syarikat penerbangan, penumpang tersebut dikejarkan ke hospital selepas disengat binatang berbisa itu dan sudah dibenarkan pulang.
“Setelah pesawat mendarat, penumpang tersebut dirawat doktor di lapangan terbang sebelum dibawa ke hospital dan dibenarkan pulang.
“Pegawai kami menemani penumpang ke hospital dan menawarkan semua sokongan kepadanya sehingga dibenarkan keluar,” katanya dalam satu kenyataan.
Sementara itu, jurucakap syarikat memaklumkan kakitangannya menjalankan pemeriksaan penuh di pesawat selepas mendarat di Mumbai.
“Akhirnya, mereka berjaya menemukan kala jengking itu.
“Pesawat Airbus A-319-100 kemudian difumigasi sepenuhnya mengikut protokol,” katanya.
Syarikat penerbangan Air India mengendalikan sebanyak 16 pesawat komersial yang dianggarkan berusia lebih 14 tahun.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Air mata Yusof Haslam gugur
- Shaarnaz tidak mahu isteri yang menjadi artis
- Ada rahsia Ridzuan Hashim – Didie Alias
- Wan Nurzila ditamatkan perkhidmatan sebagai pengarah media, komunikasi strategik, PMO
- Mahathir saman Anwar RM150 juta
- Didie Alias tiada dendam, Ridzuan Hashim tetap ayah kepada anak-anak
- Nikah guru sendiri, beza usia 26 tahun tak halang Danial, Jamilah sulam cinta
- Gambar peribadi seorang guru dipapar dalam video lucah
- Sanusi diberi amaran, bayar atau terima notis bankrap
- Ibu terlampau didakwa rakam amang seksual bersama anak lelaki
- Ini sebab mengapa Fasha Sandha ‘terpaksa’ kurus
- Hattan sudah kenal kawan tikam belakang sekarang
- Janji dapat makan sedap – Janna Nick
- Puteri Sarah dedah dipaksa ubah fesyen selepas kahwin
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
ND Lala ajak beraya, Sabtu ini, netizen suruh balik beraya dengan isteri pertama