Sharnaaz sedia ‘duduk’ rumah orang tua andai terus menduda
Andai tidak bertemu jodoh sekali lagi, pelakon Sharnaaz Ahmad bersedia menduda hingga ke hujung usia dan menghabiskan sisa kehidupan di ‘rumah’ jagaan orang tua.
Sharnaaz atau nama sebenarnya, Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad memaklumkan, dia sudah mula menabung untuk hidup sendiri tanpa pasangan bernama isteri apabila sudah tua nanti.
Sungguhpun begitu, pelakon filem Juvana itu juga tidak menolak sekiranya ditemukan jodoh dengan mana-mana wanita namun tegasnya, bakal isteri mestilah bukan dalam kalangan artis atau selebriti
“Sebab hantaran status saya saya nak cari pasangan bukan dalam kalangan artis, rata-rata orang sudah salah anggap.
“Saya tak mencari tapi kalau Allah dah tentukan saya akan ada bini, saya terima, Jebat (anak) ada ‘mummy’ baharu. Yang pasti, bukan pelakon!
“Kalau tiada juga (jodoh), saya bersedia ‘tabung’ rumah orang tua-tua mewah punya —pakai jaket bulu merah sambil hisap ‘cigar’ dan tengok hujan rintik ikut tingkap.
“Ada juga kawan-kawan boleh main dam aji tak pun, snuker ‘lucky ball’, coretnya menerusi satu muat naik status dalam Instastory.
Terdahulu, Sharnaaz, 38, mengakui sudah mempunyai kekasih namun malu atau belum bersedia untuk bercerita mengenai soal peribadi secara terbuka.
Katanya, usianya kian meningkat dan dia bimbang sekiranya hubungan tidak berakhir dengan baik.
Sharnaaz pernah berkahwin dengan kakak Neelofa yang juga seorang ahli perniagaan, Noor Nabila Mohd. Noor pada 31 Mac 2017.
Bagaimanapun, jodoh antara mereka tidak panjang apabila bercerai pada 9 Julai 2020. Tiga tahun berkongsi hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata Jebat Jayden yang kini berusia lima tahun.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Air mata Yusof Haslam gugur
- Shaarnaz tidak mahu isteri yang menjadi artis
- Ada rahsia Ridzuan Hashim – Didie Alias
- Wan Nurzila ditamatkan perkhidmatan sebagai pengarah media, komunikasi strategik, PMO
- Mahathir saman Anwar RM150 juta
- Didie Alias tiada dendam, Ridzuan Hashim tetap ayah kepada anak-anak
- Nikah guru sendiri, beza usia 26 tahun tak halang Danial, Jamilah sulam cinta
- Gambar peribadi seorang guru dipapar dalam video lucah
- Sanusi diberi amaran, bayar atau terima notis bankrap
- Ibu terlampau didakwa rakam amang seksual bersama anak lelaki
- Ini sebab mengapa Fasha Sandha ‘terpaksa’ kurus
- Hattan sudah kenal kawan tikam belakang sekarang
- Janji dapat makan sedap – Janna Nick
- Puteri Sarah dedah dipaksa ubah fesyen selepas kahwin
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
ND Lala ajak beraya, Sabtu ini, netizen suruh balik beraya dengan isteri pertama