Anwar kembali ‘balun’ Mahathir, mana kamu dapat harta berbilion?
Perdana Menteri Anwar Ibrahim sekali lagi mengulangi cabaran kepada seorang pemimpin politik Melayu supaya mendedahkan semua harta peribadi dan aset milik keluarganya.
Tanpa menyebutkan nama, Anwar mengulangi cabaran itu ketika berucap di Majlis Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitri anjuran kerajaan Negeri Sembilan dan Malaysia Madani di Majlis Bandaraya Seremban, hari ini.
“Harta kamu yang berbilion, anak ada pesawat, ada kapal, ada bank di luar negara, jual itu semua, bawa balik dan berikan kepada orang Melayu di Malaysia ini, baru betul jadi Pejuang.
“Itu belum dijawab, saya minta mereka jawab, berapa bilion dia ada, mana dia dapat wang itu, pulangkan balik kepada orang Melayu di Malaysia,” katanya tanpa menyebut nama bekas perdana menteri itu.
Pada 3 Mei lalu bekas perdana menteri Mahathir Mohamad memfailkan saman berjumlah RM150 juta terhadap Anwar berhubung dakwaan bahawa dia mengumpul kekayaan peribadi ketika berkuasa.
Mahathir meneruskan tindakan undang-undang selepas Anwar tidak mematuhi surat tuntutan agar membuat permohonan maaf terhadapnya berhubung dakwaan yang dibuat semasa ucapan dasar di Kongres Nasional Khas PKR 2023, pada 18 Mac lepas.
Dr Mahathir berkata kenyataan Anwar dalam ucapannya itu membawa maksud dia membolot harta untuk keluarga dan kehilangan harta, aset atau saham orang Melayu adalah berkaitan dengan harta, aset atau saham milik keluarganya.
Terdahulu, Anwar menepis dakwaan pembangkang bahawa kerajaan yang ditadbirnya hari ini tidak menjaga kepentingan dan hak orang Melayu.
Katanya, kerajaan hari ini akan terus mempertahankan hak dan kepentingan orang Melayu.
“Apa saya khianat untuk orang Melayu? Bahasa Melayu, hak keistimewaan orang Melayu? Projek untuk Melayu kami pertahankan dan (projek) sedia ada Jana Wibawa, untuk orang Melayu, kami ambil tindakan sebab apa, ia projek orang Melayu tetapi diberikan kepada orang Cina, projek Melayu tetapi mereka ‘sakau’ duit.
“Ada tokoh-tokoh Melayu, Tun, Tan Sri yang kaya raya heboh mahu jaga Melayu, mereka kata Anwar sudah tidak boleh harap, (Datuk Seri Ahmad) Zahid tidak boleh pakai, tidak boleh jaga Melayu. Saya mahu tanya mereka, apa yang kami serah? enam bulan kami pegang jawatan, saya beri apa?
“Itu saya katakan tata kelola, jaga wang negara, jangan sakau, jangan ambil wang itu penting, sebab kalau ambil, projek jadi kurang, rakyat tidak dapat habuan, salah kami apa? enam bulan saya, Datuk (Seri) Ahmad Zahid, menteri-menteri lain semua berikan arahan, keluar tender, jangan ambil apa-apa komisyen, tidak ada tanah, saham, yang diambil,” katanya.
Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Air mata Yusof Haslam gugur
- Shaarnaz tidak mahu isteri yang menjadi artis
- Ada rahsia Ridzuan Hashim – Didie Alias
- Wan Nurzila ditamatkan perkhidmatan sebagai pengarah media, komunikasi strategik, PMO
- Mahathir saman Anwar RM150 juta
- Didie Alias tiada dendam, Ridzuan Hashim tetap ayah kepada anak-anak
- Nikah guru sendiri, beza usia 26 tahun tak halang Danial, Jamilah sulam cinta
- Gambar peribadi seorang guru dipapar dalam video lucah
- Sanusi diberi amaran, bayar atau terima notis bankrap
- Ibu terlampau didakwa rakam amang seksual bersama anak lelaki
- Ini sebab mengapa Fasha Sandha ‘terpaksa’ kurus
- Hattan sudah kenal kawan tikam belakang sekarang
- Janji dapat makan sedap – Janna Nick
- Puteri Sarah dedah dipaksa ubah fesyen selepas kahwin
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
ND Lala ajak beraya, Sabtu ini, netizen suruh balik beraya dengan isteri pertama
You must be logged in to post a comment.