Ambil air pili Bomba, Menteri mahu ahli parlimen Pas dikenakan tindakan
Ahli Parlimen Rantau Ranjang Siti Zailah Mohd Yusoff berdepan siasatan oleh Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) atas dakwaan mengambil air daripada pilih bomba.
Ia susulan hantaran di beberapa laman Facebook yang memaparkan dia aktif mengusahakan bekalan air bersih bagi kegunaan penduduk di parlimen itu sejak April lalu.
Ini termasuk gambar yang dimuat naik menunjukkan sebuah lori sedang mengambil air daripada pili bomba sambil diperhatikan oleh Siti Zailah.
“Ya Allah permudahkan segala urusan kami. Di musim banjir kami berdepan dengan cabaran banjir, sekarang pula berdepan dengan cabaran kemarau,” katanya sebagai kapsyen hantaran tersebut.
Selain itu beberapa keping gambar memaparkan aktiviti pengambilan air daripada pili bomba turut tular di media sosial sejak seminggu lalu.
Sementara itu Bernama melaporkan KPKT akan melakukan siasatan terperinci mengenai dakwaan berkenaan.
Menterinya Nga Kor Ming berkata tindakan undang-undang akan dikenakan terhadap ahli Parlimen tersebut kerana ia merupakan perkara yang tidak bertanggung jawab.
“Sumber air dari pili bomba digunakan bagi memadam kebakaran bukan digunakan sebagai bekalan air untuk kegunaan seharian.
“Jika semua orang pakai air pili bomba, jika berlaku kebakaran macam mana? Ini sebenarnya tidak patut berlaku,” katanya dipetik sebagai berkata.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Air mata Yusof Haslam gugur
- Shaarnaz tidak mahu isteri yang menjadi artis
- Ada rahsia Ridzuan Hashim – Didie Alias
- Wan Nurzila ditamatkan perkhidmatan sebagai pengarah media, komunikasi strategik, PMO
- Mahathir saman Anwar RM150 juta
- Didie Alias tiada dendam, Ridzuan Hashim tetap ayah kepada anak-anak
- Nikah guru sendiri, beza usia 26 tahun tak halang Danial, Jamilah sulam cinta
- Gambar peribadi seorang guru dipapar dalam video lucah
- Sanusi diberi amaran, bayar atau terima notis bankrap
- Ibu terlampau didakwa rakam amang seksual bersama anak lelaki
- Ini sebab mengapa Fasha Sandha ‘terpaksa’ kurus
- Hattan sudah kenal kawan tikam belakang sekarang
- Janji dapat makan sedap – Janna Nick
- Puteri Sarah dedah dipaksa ubah fesyen selepas kahwin
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
ND Lala ajak beraya, Sabtu ini, netizen suruh balik beraya dengan isteri pertama