Saham Kimora Lee bernilai USD93 juta dirampas dalam kes 1MDB

Bekas model itu mendakwa dia berhak memiliki saham dalam pembuat minuman kecergasan Celcius yang dilucuthakkan daripada bekas suaminya.

,

Saham Kimora Lee bernilai USD93 juta dirampas dalam kes 1MDB

Kimora Lee, bekas isteri bekas pegawai bank Goldman Sachs Tim Leissner, mendakwa saham bernilai kira-kira USD93 juta (RM413 juta) yang diarah dilucuthakkan sebagai sebahagian pengakuan bersalah bekas suaminya dalam kes 1MDB, sebenarnya adalah miliknya.

Lee pada Jumaat meminta hakim persekutuan di Brooklyn, New York, mengadakan perbicaraan di mana dia berhasrat mengesahkan dirinya berhak memiliki 892,732 saham dalam Celsius Holdings, pembuat minuman kecergasan.



Bekas model dan bintang rancangan realiti TV “Kimora: Life in the Fab Lane” itu mendakwa dia membeli saham terbabit dengan wang hasil kerjaya peragaannya dan jenama pakaiannya, Baby Phat.

Katanya, saham itu dimasukkan secara salah dalam perintah persekutuan Mac lalu yang memerlukan Leissner menyerahkan lebih 3.3 juta saham Celsius sebagai hasil jenayahnya.

Leissner, bekas ketua Goldman Sach di Asia Tenggara, mengaku bersalah pada 2018 kerana bersubahat dengan ahli perniagaan, Low Taek Jho (Jho Low), yang didakwa dalang skim penipuan, untuk merasuah pegawai di Malaysia dan Abu Dhabi bagi memudahkan urus niaga bon.

Low, yang masih dalam buruan, mengaut USD1.42 bilion daripada penipuan itu, kata pihak berkuasa AS.



“Lee mengesahkan dirinya pembeli yang jujur untuk nilai saham Celsius,” katanya dalam pemfailan itu.

“Leissner tidak menyumbang sebarang dana dalam pembelian saham Celsius dan tidak memiliki saham Celsius. Hakikat bahawa saham Celsius digunakan sebagai cagaran untuk bon Leissner tidak bermaksud terdapat kaitan antara kesalahan Leissner dan saham disita.”

Saham dalam syarikat itu didagangkan pada USD104.26 di New York pada Jumaat, menjadikan 3.3 juta saham itu bernilai lebih USD344 juta.

Leissner, yang merupakan saksi utama kerajaan dalam perbicaraan bekas pegawai bawahannya, Roger Ng, juga diperintahkan pada Mac untuk menyerahkan wang tunai USD43.7 juta sebagai tambahan kepada saham.



Lee bukan satu-satunya pihak yang “mengintai” wang Celsius. Ng menyaman Leissner di mahkamah New York pada November lalu, mendakwa bekas bosnya menipu dirinya daripada pelaburannya dalam Celsius yang kini bernilai sekurang-kurangnya USD130 juta serta saham dalam syarikat lain.

Menurut saman itu, Leissner terlibat dalam “usaha bersepadu untuk mencuri” dan mendapatkan keuntungan daripada pelaburan asal Ng bernilai USD1.25 juta dalam Celsius, yang sejak itu nilainya meningkat secara mendadak.

Ng turut memfailkan usul dengan Brodie pada Jumaat, atas alasan dia pemilik sah lebih 1.45 juta saham Celsius yang dilucuthakkan Leissner kepada AS sebagai hasil penipuannya.

Ng satu-satunya kakitangan Goldman yang dibicarakan berhubung penipuan global itu dan disabitkan bersalah tahun lalu atas peranannya dalam skandal 1MDB. Dia dihukum penjara 10 tahun dan dijadual memulakan hukuman itu pada Ogos ini.



Selepas Ng meninggalkan sektor perbankan, dia menyertai Celsius sebagai pengarah urusan syarikat minuman tenaga itu bagi rantau Asia.

Lee dan Leissner berkahwin pada 2014, tetapi mereka sudah berpisah apabila dia memberi keterangan terhadap Ng. Di kandang saksi, Leissner mengakui dia berkahwin dengan bekas isterinya, ketika dia dan Lee mengikat tali pertunangan.

Saham Kimora Lee bernilai USD93 juta dirampas dalam kes 1MDB

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Puteri Sarah dah macam Ira Kazar pulak

Jasmine dedah fantasi sebenarnya



ND Lala ajak beraya, Sabtu ini, netizen suruh balik beraya dengan isteri pertama

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker