Proklamasi Melayu pancing undi? Tuan Ibrahim buka mulut
Proklamasi Melayu yang ditandatangani menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang bukan bertujuan memancing undi kaum Melayu seperti didakwa sesetengah pihak.
Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man turut menafikan proklamasi itu bermatlamat untuk menggulingkan Kerajaan Perpaduan.
Sebaliknya beliau berkata rancangan untuk melancarkan Proklamasi Melayu sudah dirangka sejak awal tahun dan dijangka dilancarkan pada Mac lalu, namun berdepan kekangan apabila terdapat cubaan untuk menghalang pelaksanaannya.
“Kita rangka lebih awal sebelum ada apa-apa berita akan berlaku PRN lagi. Sepatutnya dilancar pada Mac, oleh itu ia tidak ada kaitan dengan PRN.
“Oleh kerana ketika itu semua premis yang dimohon dibatalkan di saat akhir sebanyak empat kali, ia menimbulkan keadaan untuk kita putuskan operasi gagasan ini dilakukan melalui pertubuhan atau individu yang menandatangani dan menyokong proklamasi berkenaan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas hadir pada Majlis Terbuka Aidilfitri Pas Pusat di Kompleks Pas Kedah, di Kota Sarang Semut di sini pada Sabtu.
Semalam media melaporkan pimpinan kanan DAP mendakwa, Proklamasi Melayu yang dicetuskan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hanya bermatlamat untuk menggulingkan Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Timbalan Pengerusi DAP Pulau Pinang, Dr P Ramasamy, menyifatkan proklamasi itu hanya propaganda politik untuk meraih sokongan orang Melayu, bagi menjatuhkan Kerajaan Perpaduan dan tiada kaitan dengan usaha memartabatkan orang Melayu.
Katanya, proklamasi 12 perkara itu bertujuan menyelamatkan orang Melayu itu amat ironi, kerana ia dicetuskan dan disokong pemimpin yang telah mengecewakan orang Melayu sebelum ini.
Proklamasi itu yang ditandatangani beberapa pemimpin Pas baru-baru ini, mengandungi 12 perkara untuk menyelamatkan orang Melayu di negara ini dan menggesa perpaduan dalam kalangan orang Melayu bagi tujuan itu.
Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata Proklamasi Melayu juga tidak membabitkan isu parti politik sebaliknya di luar daripada kerangka politik.
Mengulas mengenai usaha pihak tertentu yang cuba menghalang daripada proklamasi dilancarkan, Tuan Ibrahim menjelaskan disebabkan itu ia diadakan dalam bentuk petisyen dan dipromosi menerusi laman sosial.
Sementara itu, Tuan Ibrahim berkata Pas tiada kaitan dengan dakwaan wujudnya komplot untuk menjatuhkan Kerajaan Perpaduan.
Katanya, bagaimanapun parti itu terbuka kepada sebarang kemungkinan selagi ia berada dalam lingkungan Perlembagaan Persekutuan dan proses demokrasi.
“Pas juga tidak akan bertindak di luar batas perundangan bagi mencapai matlamat menerajui negara. Selagi pergerakan itu dibenarkan undang-undang dalam sistem negara kita, kita anggap sebagai sah dari aspek Perlembagaan. Kalau sekiranya ada gerakan, tak ada masalah dan tak wajar ada isu,” katanya lagi.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Air mata Yusof Haslam gugur
- Shaarnaz tidak mahu isteri yang menjadi artis
- Ada rahsia Ridzuan Hashim – Didie Alias
- Wan Nurzila ditamatkan perkhidmatan sebagai pengarah media, komunikasi strategik, PMO
- Mahathir saman Anwar RM150 juta
- Didie Alias tiada dendam, Ridzuan Hashim tetap ayah kepada anak-anak
- Nikah guru sendiri, beza usia 26 tahun tak halang Danial, Jamilah sulam cinta
- Gambar peribadi seorang guru dipapar dalam video lucah
- Sanusi diberi amaran, bayar atau terima notis bankrap
- Ibu terlampau didakwa rakam amang seksual bersama anak lelaki
- Ini sebab mengapa Fasha Sandha ‘terpaksa’ kurus
- Hattan sudah kenal kawan tikam belakang sekarang
- Janji dapat makan sedap – Janna Nick
- Puteri Sarah dedah dipaksa ubah fesyen selepas kahwin
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Puteri Sarah dah macam Ira Kazar pulak
ND Lala ajak beraya, Sabtu ini, netizen suruh balik beraya dengan isteri pertama