Neelofa hamil anak kedua
Neelofa hamil anak kedua
Berhasrat memiliki anak yang ramai, menjadikan pengacara dan selebriti popular, Noor Neelofa bersemangat untuk membina keluarga harmoni.
Edisi segmen #BabyXTRA minggu ini menceritakan pengalaman Neelofa mengandung buat kali kedua yang kini sudah berada dalam fasa trimester ketiga.
Beruntung jadi Neelofa, katanya langsung tak ada rasa mengidam yang teruk!
Banyak Makan Suplemen, Masa Mengandung Rasa Pendek Je?
Berbicara mengenai perbezaan mengandung anak pertama dan kedua, isteri kepada pendakwah Haris Ismail atau lebih mesra disapa PU Riz meluahkan rasa syukur segalanya amat dipermudahkan.
“Semasa mengandungkan Bilal, saya banyak rasa sakit.. Sakit belakang, lenguh badan.. Sakit pinggang, boleh dikatakan semua sisi rasa sakit. Masa tu juga saya rasa malas terutamanya untuk makan suplemen vitamin sebab badan rasa tak selesa.
“Pregnancy kedua ni Alhamdulillah, syukur semuanya sangat dipermudah. Saya rasa sangat aktif, kadang kala lupa yang badan ni tengah mengandung. Saya rajin makan suplemen, rasa lebih bertenaga,” ujarnya.
Dalam pada itu, Neelofa turut berkata perjalanan mengandung anak kedua ini terasa sangat pendek dan berbeza dari sebelumnya.
“Paling best sebab saya rasa macam mengandung kali kedua ni tak rasa lama.. Dulu rasa lama sangat.. Dah la masa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kan.. Tapi ni dah eh nak beranak dah. Mungkin juga sebab sibuk jaga anak, dah ada aktiviti penuh satu hari,” katanya.
Hamil Anak Kedua Buat Lofa Tak Boleh Minum Susu Badam
Cerita Neelofa atau lebih mesra disapa Lofa, katanya semasa mengandungkan Bilal dia gemar minum susu badam. Namun, pengalaman mengandung untuk kali kedua ini sudah berubah.
Dek kerana kurang minum susu, Lofa berkata dia mengambil alternatif lain dengan mengambil suplemen kalsium agar dapat mengurangkan rasa lenguh dan sakit badan.
“Saya minum susu badam, itu pun dah tak sebanyak dulu. Semasa saya pantang lahirkan Bilal, memang saya banyak minum susu badam.
“Bila mengandung anak kedua ni saya tak minum sangat. Tak tahu kenapa. Sekarang saya banyak makan suplemen kalsium. Saya gandakan dos. Orang kata kalau kalsium cukup badan tak rasa sakit sangat.
“Jadi harapnya dapat mengurangkan sakit sendi saya sebab kandungan pun semakin berat,” katanya.
Disamping itu, Neelofa berkata dia telah mengetahui jantina bagi anak keduanya itu namun lebih memilih untuk tidak didedahkan kepada khayalak umum.
Sekadar info, Neelofa dan PU Riz berkahwin pada 27 Mac 2021 dan dikurniakan anak sulung, Bilal pada 29 Januari tahun lalu. Xtra
Neelofa hamil anak kedua
Baca Artikel Menarik:
- Air mata Yusof Haslam gugur
- Shaarnaz tidak mahu isteri yang menjadi artis
- Ada rahsia Ridzuan Hashim – Didie Alias
- Wan Nurzila ditamatkan perkhidmatan sebagai pengarah media, komunikasi strategik, PMO
- Mahathir saman Anwar RM150 juta
- Didie Alias tiada dendam, Ridzuan Hashim tetap ayah kepada anak-anak
- Nikah guru sendiri, beza usia 26 tahun tak halang Danial, Jamilah sulam cinta
- Gambar peribadi seorang guru dipapar dalam video lucah
- Sanusi diberi amaran, bayar atau terima notis bankrap
- Ibu terlampau didakwa rakam amang seksual bersama anak lelaki
- Ini sebab mengapa Fasha Sandha ‘terpaksa’ kurus
- Hattan sudah kenal kawan tikam belakang sekarang
- Janji dapat makan sedap – Janna Nick
- Puteri Sarah dedah dipaksa ubah fesyen selepas kahwin
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
ND Lala ajak beraya, Sabtu ini, netizen suruh balik beraya dengan isteri pertama