GPS bidas PN, hentikan politiking tolong hormat dan akur titah Agong

 

Gabungan Parti Sarawak (GPS) menyatakan pendirian berpegang kepada prinsip akur hasrat Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi mewujudkan kerajaan stabil dan memulihkan ekonomi negara.

Ketua Whip GPS, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, fokus perlu diberikan kepada rakyat dalam usaha memulihkan ekonomi berbanding isu berkaitan politik.



“… sebab itu kita akur hasrat Yang di-Pertuan Agong untuk mewujudkan kerajaan perpaduan, dan fokus mewujudkan kerajaan yang stabil supaya dapat memulihkan ekonomi negara kita, itu yang kritikal di peringkat kita GPS.

“Rakyat sekarang harapkan semua parti politik tumpu kebajikan rakyat, kemaslahatan negara kita, justeru fokus kita memberi tumpuan kepada pemulihan ekonomi negara kita sahaja buat masa ini,” katanya.

Ini akan membantu meningkatkan keyakinan pelabur asing ke dalam negara, katanya.

“Kita perlu terus menjadi sebuah negara yang bukan sahaja bersatu padu tetapi sebuah negara yang dihormati oleh negara luar, barulah nanti kita dapat menjemput dan menarik pelabur ke negara kita. 



“Itulah fokus GPS, kita dan tidak akan berpolitik lagi kerana sekarang ini ialah masa untuk kita membangunkan negara kita,” katanya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Puteri Sarah dah macam Ira Kazar pulak

Jasmine dedah fantasi sebenarnya



ND Lala ajak beraya, Sabtu ini, netizen suruh balik beraya dengan isteri pertama



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker