Lelaki simpan harta curi Kedai Watson didenda oleh mahkamah
Padah menyimpan pelbagai barangan curi termasuk mentega kacang dan produk pelekat gigi palsu, seorang peniaga nasi lemak didenda RM8,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.
Hakim Darmafikri Abu Adam menjatuhkan hukuman itu terhadap Wan Azrul Affendy Yunos, 48, yang membuat pengakuan bersalah sejurus pertuduhan pilihan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati dengan niat curang telah menerima harta curi keseluruhan berjumlah RM8,000 kepunyaan kedai Watson cawangan Taman Paya Rumput Utama, pasar raya Econsave cawangan Lebuh Ayer Keroh dan Sungai Udang serta kedai 99 Speedmart Batu Berendam.
Perbuatan itu dilakukan kira-kira pukul 1.20 petang di sebuah rumah di No S1 118, Jalan Ayer Molek Perdana 5, Taman Ayer Molek Perdana dalam daerah Melaka Tengah.
Sabit kesalahan tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan.
Mengikut fakta kes, tertuduh ditangkap di sebuah chalet di Pengkalan Balak, Alor Gajah susulan hasil siasatan pihak polis berhubung kejadian curi di beberapa buah pasar raya.
Antara barangan dicuri adalah mentega kacang, pencuci muka, ubat gigi, pelekat gigi palsu, pewangi badan, minyak wangi, coklat dan minyak rambut bernilai keseluruhan RM8,000 yang dirampas daripada tertuduh.
Hasil siasatan, tertuduh mengaku membeli semua barangan curi itu daripada dua lelaki termasuk seorang warga Indonesia sebelum menjualnya secara dalam talian.
Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Aliff Asraf Anuar Sharuddin memohon agar hukuman berat diberikan sebagai pengajaran terhadap tertuduh dan masyarakat.
Peguam Lailawati Husain yang mewakili tertuduh bagaimanapun merayu hukuman diringankan dengan alasan anak guamnya telah insaf selepas direman 11 hari ketika siasatan kes itu bermula 25 Julai 2021, selain itu kesalahan pertamanya.
Selepas mendengar rayuan kedua belah pihak mahkamah kemudian memerintahkan tertuduh membayar denda sebanyak RM8,000 atau penjara 12 bulan jika gagal bayar
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Air mata Yusof Haslam gugur
- Shaarnaz tidak mahu isteri yang menjadi artis
- Ada rahsia Ridzuan Hashim – Didie Alias
- Wan Nurzila ditamatkan perkhidmatan sebagai pengarah media, komunikasi strategik, PMO
- Mahathir saman Anwar RM150 juta
- Didie Alias tiada dendam, Ridzuan Hashim tetap ayah kepada anak-anak
- Nikah guru sendiri, beza usia 26 tahun tak halang Danial, Jamilah sulam cinta
- Gambar peribadi seorang guru dipapar dalam video lucah
- Sanusi diberi amaran, bayar atau terima notis bankrap
- Ibu terlampau didakwa rakam amang seksual bersama anak lelaki
- Ini sebab mengapa Fasha Sandha ‘terpaksa’ kurus
- Hattan sudah kenal kawan tikam belakang sekarang
- Janji dapat makan sedap – Janna Nick
- Puteri Sarah dedah dipaksa ubah fesyen selepas kahwin
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
ND Lala ajak beraya, Sabtu ini, netizen suruh balik beraya dengan isteri pertama