Akka Nasi Lemak viral sampai sanggup beratur selama berjam-jam

Akka Nasi Lemak viral sampai sanggup beratur selama berjam-jam

Makanan yang enak dan ‘viral’ sememangnya tidak dapat dipisahkan dengan rakyat Malaysia. Sanggup beratur sehingga 3 jam demi sepinggan nasi kandar atau berjaya dapatkan 13,000 Sambal Nyet dalam tempoh 2 minit antara rekod yang pernah dibuat rakyat Malaysia.

Dalam pada itu, siapa sangka rakyat Malaysia sanggup beratur sehingga 7 jam demi mendapatkan sebuah hidangan nasi lemak. Lebih mengejutkan, nasi lemak yang dijual ini berjaya menjadi fenomena dalam komuniti India.

Berjaya dijual oleh gerai yang dinamakan sebagai ‘Akka’ Nasi Lemak, gerai yang dibuka di Seri Kembangan ini berjaya menarik perhatian ramai di mana orang ramai sanggup berdiri sambil beratur sehingga 6 jam lamanya.

Menerusi video TikTok @haxrexnaxxiax_08 yang tular, dapat dilihat gerai Akka Nasi Lemak ini menyajikan beberapa seleksi lauk-pauk terdiri daripada telur dadar, udang bersaiz besar dan lauk ayam.

Mengulas mengenai lokasi dan waktu operasi, Akka Nasi Lemak Seri Kembangan ini beroperasi pada jam 7 pagi sehingga 12 tengah hari berhadapan Hong Leong, Jalan PUJ 3/2 Taman Puncak Jalil, Seri Kembangan.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mendoakan agar perniagaan yang diusahakan wanita ini terus maju dan berkembang sekaligus memudahkan orang ramai mendapatkan nasi lemak. Vc

[videopress EHyQTJdK]

Akka Nasi Lemak viral sampai sanggup beratur selama berjam-jam

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kenapa kaitkan aku – Puteri Sarah

Dini Schatzmann, Janna Nick Kembali Bercinta

View Chin rugi jutaan ringgit

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker