Nenek maut ketika selamatkan cucu dilanggar motosikal

Nenek maut ketika selamatkan cucu dilanggar motosikal

KOTA KINABALU: Seorang wanita yang cuba menyelamatkan cucunya daripada dilanggar ketika kanak-kanak itu melintas jalan, maut dirempuh motosikal di Jalan UMS, berhampiran Kampung Rampayan, Manggatal, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 8.45 pagi itu, mangsa berusia 56 tahun maut akibat cedera di bahagian kepala, manakala penunggang motosikal berusia 46 tahun yang juga cedera di kepala turut disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Bagaimanapun, cucu wanita terbabit berusia sembilan tahun dan pembonceng wanita berusia 47 tahun hanya cedera ringan.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah, berkata siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku ketika mangsa yang menaiki motosikal bersama teman wanitanya dari arah Indah Permai menuju ke 1Borneo.

Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian, seorang wanita dilihat tiba-tiba melintas jalan bersama cucunya.

“Penunggang motosikal itu gagal mengelak dan terus merempuh wanita terbabit sebelum terbabas ke bahu jalan.

“Kanak-kanak perempuan itu hanya cedera ringan selepas sempat ditolak neneknya bagi mengelak dilanggar motosikal berkenaan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Mohd Zaidi berkata, pembonceng motosikal turut mengalami kecederaan ringan di muka dan kini dirawat di Hospital Queen Elizabeth I (HQEI).

Katanya, siasatan lanjut kes itu masih dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya. BH

Nenek maut ketika selamatkan cucu dilanggar motosikal

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Zulin berpisah demi konten?

Tak sah zakat fitrah kalau makan beras basmathi, bayar kadar beras biasa

Aliff yang hempas pasu RM400,000, Yana tak takut disaman

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker