Polis siasat kekecohan di Pasar Raja Bot Chow Kit [VIDEO]

Polis siasat kekecohan di Pasar Raja Bot Chow Kit [VIDEO]

Polis siasat kekecohan di Pasar Raja Bot Chow Kit [VIDEO]

Polis telah membuka satu kertas siasatan berhubung kekecohan yang berlaku di Pasar Raja Bot, Chow Kit, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, pada pukul 8.30 malam tadi, pihaknya telah mengesan satu tag pada Twitter Polis Diraja Malaysia oleh pemilik akaun mambiar24 berkenaan satu video TikTok milik akaun mustafa_khan1992 yang memaparkan insiden kekecohan melibatkan beberapa individu di Pasar Raja Bot.

Katanya, siasatan awal yang dijalankan mendapati hantaran asal video tersebut adalah di pautan sebuah akaun TikTok milik Mustapha_khan2203.

“Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi telah pun membuka satu kertas siasatan ke atas video sama yang tular sebelum ini pada 11 April lalu di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

“Siasatan sedang berjalan dan beberapa individu serta pihak tertentu telah dipanggil untuk diambil keterangan bagi melengkapkan siasatan sebelum dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya bagi arahan lanjut,” katanya dalam kenyataan, di sini malam ini.


Baca Artikel Menarik:

Tular Video Isteri Tengking Suami Di Dobi?


Beliau juga turut menasihati orang ramai agar tidak terlibat dalam sebarang aktiviti menyalahi undang-undang.

@mustafa_khan1992

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera kepada rakyat Malaysia!! Berkenaan video yang lepas, Disini kami ingin menjelaskan tentang kejadian yang berlaku di kawasan aj best (chowkit) pada hari selasa selepas isu video kami lakukan telah viral. Kami juga telah melihat video yang dibuat oleh pihak persatuan tersebut yang ingin memberitahu kepada masyarakat bahawa video yang kami viralkan tempoh hari adalah tidak benar. Jadi pada hari ini kami mendapat bukti yang kukuh di mana beberapa ahli persatuan terbabit menggunakan cara kekerasan dan juga memainkan isu perkauman bagi meraih simpati dari masyarakat sekeliling. Jika mengikut aduan asal yang kami bongkarkan,kami tidak pernah menafikan mana-mana kaum untuk mencari rezeki,namun kami membongkarkan ketidak adilan mana-mana pihak menggunakan di sebalik persatuan untuk menzalimi hak masyarakat yang lain seperti sewenag-wenang nya menjalankan perniagaan tanpa lesen dan tidak pernah berbincang dengan masyarakat disitu dan juga pemilik bangunan premis tersebut untuk menjalankan perniagaan di situ.Sebelum kami menviralkan video tersebut,kami mendapati masyarakat di situ dan juga pemilik premis AJ BEST telah bertahun-tahun melakukan banyak laporan kepada pihak berwajib DBKL namun tidak satu pun pihak berwajib turun dan memberi maklum balas kepada masyarakat di situ dan pemilik perniagaan AJ BEST. didalam video ini kami bertanggungjawab untuk memberikan penjelasan .Serta didalam video ini kami menjelaskan segala tuduhan,pandangan dan tindakan yang bakal diambil oleh pihak @PHMM kami nanti

♬ original sound – Mustafa_khan2203 – Mustafa_khan2203

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Baca Artikel Menarik:

Atu digelar anjing, enggan halalkan duit RM30 ribu

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kaya Gila Suami Nynaa Harizal (Video)

Farid pujuk, Diana reject

Penyondol itu bukan bff saya – Shila Amzah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker