Had laju kebangsaan turun 80km/j sempena Aidilfitri

Had laju kebangsaan turun 80km/j sempena Aidilfitri

Kementerian Pengangkutan menurunkan had laju kenderaan motor kepada 80km/j di jalan persekutuan seluruh negara bersempena sambutan Aidilfitri.

Dalam kenyataannya, berkata penguatkuasaan larangan pemanduan ke atas kenderaan barangan (road-ban) juga dilaksanakan.



Katanya, larangan itu akan dikuatkuasakan pada 20 dan 21 Apr (sebelum perayaan) serta 24 dan 25 Apr (selepas perayaan) mengambil kira peningkatan trafik ketara, khususnya bagi kenderaan persendirian yang pulang ke kampung halaman.

Menurut kenyataan itu, larangan berkenaan bertujuan mengelakkan kesesakan lalu lintas serta mengurangkan risiko nahas jalan raya akibat percampuran trafik antara kenderaan barangan dengan kenderaan persendirian.

“Perintah penurunan had laju kebangsaan juga akan dikuatkuasakan bersama-sama ‘road-ban’ ini. Menurut Perintah Had Laju Kebangsaan bertarikh 13 April 2023 dan Perintah Had Laju Tempatan, had laju kenderaan motor diturunkan kepada 80kmj di seluruh Malaysia,” menurut kenyataan itu.

Selain itu, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan penguatkuasaan yang ketat di seluruh negara untuk memastikan pemandu mematuhi peraturan yang ditetapkan demi mengurangkan risiko kemalangan jalan raya.



Kementerian berkata, larangan itu melibatkan lori pembawa dan lori jongket yang berat dengan muatannya melebihi 7.5 tan, lori pengangkut rendah, treler tiang, treler pelantar, lori balak, jentera berat beroda, trak tunda dan traktor (kecuali jentera berat beroda, trak tunda dan traktor yang digunakan bagi maksud operasi kecemasan dan menyelamat).

Dalam pada itu, masa larangan sepanjang masa turut dikenakan kepada lori yang berat dengan muatannya melebihi 7.5 tan yang mengangkut simen, besi, keluli, batu, pasir, tanah, amang, bijih timah, arang batu atau bahan binaan atau bahan galian yang lain.

“Road-ban dari 12 tengah malam hingga 8 pagi pula dikenakan kepada lori kontena yang mengangkut barangan (kecuali lori kontena yang mengangkut barangan dari pelabuhan atau lapangan terbang ke kawasan perindustrian di dalam negeri yang sama dan sebaliknya).

Masa larangan itu turut dikenakan kepada lori kargo yang mengangkut barangan elektronik atau elektrik atau bahan industri kimia dari pelabuhan atau lapangan terbang ke kawasan perindustrian di dalam negeri yang sama dan sebaliknya,” menurut kenyataan itu.



Lori kargo tanpa muatan serta lori yang mengangkut tandan buah kelapa sawit segar, produk kelapa sawit mentah, getah sekerap, dan susu getah turut sama dikenakan masa larangan tersebut.

Tempoh larangan dari 6 petang hingga 6 pagi dalam jarak 25km dari tapak pembinaan tertakluk kepada had masa operasi yang dibenarkan di atas jalan tertentu pula dikenakan ke atas kren bergerak dan lori pembancuh simen. FMT

Had laju kebangsaan turun 80km/j sempena Aidilfitri

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kaya Gila Suami Nynaa Harizal (Video)

Farid pujuk, Diana reject



Penyondol itu bukan bff saya – Shila Amzah



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker