Peluh ramuan istimewa minyak wangi ghairah Fresh Goddess

Peluh ramuan istimewa minyak wangi ghairah Fresh Goddess

Brasilia: Wanessa Moura, model Brazil dan pempengaruh dalam talian berusia 29 tahun, telah mendapat banyak perhatian kerana minyak wangi baharunya, yang didakwanya termasuk peluh badannya sebagai ramuan.

Model dari Sao Paolo itu mendakwa dia mendapatkan ilham untuk menggunakan peluhnya untuk mencipta wangian khasnya, Fresh Goddess, selepas teman lelakinya dan bekas pasangannya memuji bau badan semula jadinya sebagai ‘seksi dan mengujakan’.

Setiap botol minyak wangi mengandungi 8 mililiter peluh ‘untuk sentuhan keghairahan dan kewanitaan’, menjadikannya wangian yang ideal untuk janji temu dan menarik perhatian seseorang yang anda suka.

Moura mendakwa pengikut dalam talian yang menggunakan Fresh Goddess menyukai wangian itu termasuk bekas kekasihnya.

“Bau peluh ini memikat lelaki. Saya menggunakan titisan keringat saya sebagai bahan wangian parfum,” katanya seperti dilaporkan New York Post.

Model itu juga mendakwa peluhnya juga menimbulkan keghairahan dan seksi dengan bahan yang terhasil di dalam produk itu.

Wangian berkenaan disediakan di dalam botol 50 ml dengan setiap satunya dijual pada harga RM585. HM

Peluh ramuan istimewa minyak wangi ghairah Fresh Goddess

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Da’i Syed tutup episod kes rogol, buka lembaran baru

Syasya Dolla jangan seksi sangat – nenek

Ini sebab Diana tolak tawaran Farid

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker