Lailatul Qadar saat ajal dan rezeki ditentukan

Lailatul Qadar saat ajal dan rezeki ditentukan

Kerahmatan yang disebut di dalam surah al-Qadr mengenai malam Lailatulqadar seperti yang disebut di dalam ayat 4 berbunyi

“Pada Malam itu turun malaikat dan Ruh dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut).”

Menurut Dr.Fadlan Mohd Othman, Pensyarah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), para malaikat dan Ruh yakni Jibril akan bersama dengan sekalian manusia di bumi. Mengapa dibezakan antara malaikat dan Jibril?

Sebagaimana kita tahu Nabi Muhammad s.a.w. adalah penghulu bagi manusia dan jin. Manakala Jibril adalah penghulu malaikat. Antara nama lain bagi Jibril adalah ar Ruh. Mengapa malaikat dan Jibril, sedangkan Jibril juga malaikat tetapi Allah menyebutnya malaikat dan Jibril turun.

Itu kerana, ar-Ruh iaitu Jibril yang diasingkan dari sebutan malaikat adalah untuk menunjukkan Jibril adalah malaikat yang paling hebat. Yang kedua, ada orang yang banyak salah faham terhadap Jibril, Allah sebut di dalam surah al-Baqarah: 98,

“Sesiapa memusuhi Allah (dengan mengingkari segala petunjuk dan perintah Nya) dan memusuhi malaikat-malaikat Nya dan rasul-rasul Nya, khasnya malaikat Jibril dan Mikail (maka ia akan diseksa oleh Allah) kerana sesungguhnya Allah adalah musuh bagi orang-orang kafir.”

Apa yang hendak dijelaskan menerusi ayat tersebut menunjukkan bahawa orang Yahudi benci kepada Jibril. Kerana tugas yang dipikul olehnya. Antara tugasnya adalah menyampaikan wahyu dan memerintahkan supaya umat Islam berperang. Orang Yahudi tidak menyukai peperangan bukan kerana memperjuangkan hak asasi manusia tapi kerana orang Yahudi lebih suka kepada dunia.

Jika berlaku peperangan maka banyak harta benda yang musnah, keluarga terkorban dan banyak kemusnahan yang merugikan mereka. Itulah masalahnya mereka membenci Jibril.

Jadi, apabila para malaikat dan Ruh turun, itu menunjukkan keberkatan pada malam itu. Seperti yang disebut di dalam Tafsir Ibnu Katsir, para malaikat banyak turun pada malam Lailatulqadar kerana malam itu penuh dengan keberkatan.

Para malaikat turun bersama turunnya barakah dan rahmat, sebagaimana mereka turun ketika al-Quran dibaca. Sebagaimana mereka melingkar di sekeliling majlis zikir. Mereka membentangkan sayap bagi para penuntut ilmu yang bersungguh-sungguh sebagai penghormatan untuknya.

Ajal dan rezeki ditentukan

Selain itu rahmat yang terdapat dalam Lailatulqadar adalah, firman Allah,

“Kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut.”

Mengenai ayat, berdasarkan tafsir Ibnu Katsir, Mujahid berkata, “Malam itu begitu sejahtera untuk segala perkara.”

Kemudian Sa’id bin Manshur berkata, Isa bin Yunus menyampaikan kepada kami, Al-A’masy menyampaikan kepada kami daripada Qatadah dan yang lain berkata,

“Segala urusan diatur. Ajal dan rezeki ditentukan pada malam tersebut sebagaimana firman Allah, “Pada malam itu diatur segala urusan yang penuh hikmah.”

Selanjutnya firman Allah, “Sejahteralah (malam itu) sampai terbit fajar,” Sa’id bin Mansur berkata, “Husyaim menyampaikan kepada kami dari Abu Ishaq dari asy-Sya’bi tentang, “Untuk mengatur semua urusan. Sejahteralah (malam itu) sampai terbit fajar.” Ia berkata. Para malaikat menebarkan keselamatan pada malam tersebut kepada mereka yang beribadat di masjid sampai terbit fajar.

Qatadah dan Ibnu Zaid mentafsirkan ayat, “Sejahteralah(malam itu),” iaitu malam itu penuh dengan kebaikan, tidak ada satu kejahatan sampai terbit fajar.

Mujahid dalam mentafsirkan ayat, “Sejahteralah malam itu” dia berkata,

“Malam Lailatulqadar merupakan suatu malam yang sejahtera, syaitan tidak boleh melakukan kejahatan atau melancarkan gangguan pada malam tersebut.”

Tambah Dr.Fadlan, semua itu membuktikan bahawa Lailatulqadar ialah satu malam yang penuh dengan kerahmatan. Walaupun ayat itu pendek tapi ertinya begitu besar. Sepatutnya perkara ini boleh memberi motivasi kepada kita untuk sentiasa meneruskan ibadat mencari malam lailatulqadar.

Namun jangan tersilap faham apabila dikatakan mencari malam tersebut dengan merujuk kepada hadis. Misalannya mencari pada malam 10 terakhir Ramadan. Jangan jadi manusia yang hanya menumpukan 10 malam terakhir saja sedangkan pada waktu yang lain buat tidak tahu.

Maksud mencari 10 malam terakhir adalah seperti yang disebut Abdullah bin Masud,

“Siapa yang melakukan solat malam sepanjang tahun, nescaya dia bertemu dengan Malam Qadar.” Jawab Ubay, “Demi Allah! malam itu sesungguhnya terdapat dalam bulan Ramadan. Demi Allah Aku tahu malam itu, di mana Rasulullah s.a.w. menyuruh kami menegakkannya (beribadat pada malam itu) iaitu malam yang kedua puluh tujuh Ramadan. Tanda-tandanya ialah, besok pagi matahari kelihatan putih tanpa sinar yang menyorot.”

Maksudnya kita jangan jadi orang yang malas iaitu hanya memilih 10 malam terakhir. Konsep sebenarnya adalah ibadat secara berterusan dan dilipatgandakan ibadah pada 10 malam terakhir. Wallahu a’lam Utv

Lailatul Qadar saat ajal dan rezeki ditentukan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Cerai kerana anak – Syamsul Yusof

Najib boleh mohon ampun, walaupun ada lagi tiga kes dalam perbicaraan

Dalai Lama minta budak cium dan hisap lidah

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker