Buaya 230 kilogram tersangkut pukat nelayan

buaya tembaga betina ditemui tersangkut pada pukat nelayan di Umbai, Melaka hari ini.

JASIN – Bangkai seekor buaya tembaga betina seberat 230 kilogram (kg) ditemui tersangkut pada pukat nelayan di Umbai di sini, pagi tadi.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Melaka, Petra Sulai berkata, kejadian itu dilaporkan oleh orang awam kira-kira pukul 10 pagi.

“Berdasarkan maklumat tersebut, sepasukan pegawai bergegas ke lokasi dan menemui bangkai seekor buaya tembaga di tempat kejadian.

“Hasil pemeriksaan, jantina buaya tersebut adalah betina dengan anggaran panjang 11 kaki dan berat antara 200 sehingga 230 kg,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.



Mengulas lanjut, beliau berkata, bangkai haiwan tersebut dibawa ke Zoo Melaka bagi tujuan bedah siasat untuk mengenal pasti punca kematian.

“Kejadian ini merupakan yang kali pertama kali berlaku pada tahun ini.

“Buaya ini dipercayai dari Sungai Kesang dan menggunakan persisir pantai ini bagi mencari sumber makanan serta pasangan,” katanya.

Tambahnya, Jabatan Perhilitan negeri meminta agar orang awam tidak bimbang kejadian tersebut dan segera menghubungi agensi itu di talian 06-2345610 / 013-4122589 sekiranya mempunyai sebarang maklumat berkenaan haiwan reptilia berkenaan



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



 

Sol serabai, bini no. 2 tak reti jaga ke, soal netizen

Azwan suruh Aaron maki saja dua orang tu



PRN: PH-BN capai kata sepakat, penyandang kekal bertanding



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker