Sanusi jangan koyak dan jangan fitnah – Mahfuz
Sanusi jangan koyak dan jangan fitnah – Mahfuz
Naib Presiden parti Amanah, Datuk Mahfuz Omar memberi amaran kepada pihak terbabit supaya berhenti membuat spekulasi ‘songsang’ dan fitnah terhadapnya berkaitan isu pemindahan premis judi Sports Toto di Parlimen Pokok Sena.
Pada Selasa lalu, Mahkamah Rayuan menolak permohonan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dan menambah jumlah rugi daripada RM50,000 kepada RM120,000 kepada Mahfuz kerana didakwa bekas Ahli Parlimen Pokok Sena memfitnahnya.
Beliau berkata, sejak itu banyak pihak memanipulasi dan melakukan dakwaan songsang ke atasnya.
Kata Mahfuz, beliau telah mengheret Sanusi ke muka pengadilan selepas pemimpin itu menuduhnya mempertahankan pemindahan premis judi di Pokok Sena.
“Pemindahan premis judi berkenaan langsung tidak ada kaitan dengan saya. Malah sebagai Ahli Parlimen Pokok Sena ketika itu telah pun membuat bantahan terhadap pemindahan Sports Toto tersebut kepada Majlis Bandaraya Alor Setar.
“Akhirnya pemindahan itu tidak diteruskan,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.
Sejurus selepas mahkamah membuat keputusan, Sanusi yang juga Pengarah Pilihan Raya Pas berkata, beliau akan berusaha untuk membayar apa jua nilai yang dikenakan terhadapnya.
Pada masa sama, menerusi laman Facebook Sanusi berkongsi semula kenyataannya terhadap Mahfuz dan mengulas tentang insiden empat tahun lepas itu.
Difahamkan Sanusi memberi gambaran bahawa kenyataannya didapati fitnah oleh mahkamah dibuat dalam usaha menyekat kegiatan judi.
Kata Mahfuz, terdapat penyokong Perikatan Nasional (PN) bertindak keterlaluan dengan mendakwanya menyaman Sanusi kerana mahu mempertahankan aktiviti judi.
“Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan saman fitnah saya membuktikan dakwaan Sanusi yang mengaitkan saya dengan isu tersebut jelas adalah fitnah.
“Dengan ini harap tiada lagi pihak cuba menyelewengkan fakta kes berkenaan. Jika ada pihak kaitkan saya dengan sebarang maksud menyokong atau pertahankan judi, mereka perlu tarik balik tulisan itu atau tindakan lanjut saman akan di ambil.
“Kalau koyak, jangan fitnah,” ujarnya.
Pada 9 Oktober 2019, Mahfuz memfailkan saman berdasarkan hantaran dibuat Sanusi dalam akaun Facebooknya pada 30 Julai 2019, yang mengaitkan Mahfuz selaku wakil rakyat bagi kawasan Pokok Sena dalam isu pemindahan Sport Toto ke kawasan itu.
Mahfuz mendakwa Sanusi menerbitkan satu video berdurasi 7 minit 57 saat di akaun Facebooknya pada 27 Julai 2019, memaparkan sekumpulan individu membantah pembukaan cawangan Sport Toto di Pokok Sena sambil memegang sepanduk yang tertera nama plaintif. MG
Sanusi jangan koyak dan jangan fitnah – Mahfuz
Baca Artikel Menarik:
- Isteri ND Lala fail cerai
- Najib petik hujah Rahman Sebli untuk pengampunan diraja
- Diana Danielle : Kalau sayang betul pada anak, kenapa nak buang bin atau binti anak?
- Pulanglah Zalina
- Diana dedah punca fail cerai terhadap Farid Kamil
- Hidayah dakwa disihir sejak menjadi balu arwah Abam
- Harjit Singh Hullon, 45 tahun baca berita RTM
- Kumpulan doktor kontrak bidas ugutan ingin mogok
- Pemimpin Umno kalah pemilihan bawa lari ‘harta’ parti, dedah Zahid
- Kami bukan scammer bawa jemaah – CEO Emraz
- Karipap berkulat, Vendor mengaku kitar semula karipap tak laku
- Penemuan cakar misteri seperti spesies dinosor buat pakar haiwan keliru
- Pengantin perempuan buat kecoh mahu berkahwin lain di balai polis
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Yana Najib kongsi ‘surat SPRM’ mengenai Nazlan lepas semakan SRC ditolak
You must be logged in to post a comment.