Serangan Israel terkutuk, tidak boleh dimaafkan – Khaled

Serangan Israel terkutuk, tidak boleh dimaafkan – Khaled

Serangan rejim Zionis terhadap umat Islam di tapak suci Masjid Al-Aqsa, Palestin adalah tindakan terkutuk yang tidak boleh dimaafkan.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kekejaman itu sengaja dilakukan terhadap penduduk Palestin setiap kali menjelang bulan Ramadan, salah satu bulan mulia umat Islam.

“Saya mengutuk sekeras-kerasnya serangan terbaru terhadap pengunjung sedang beribadah di tapak suci itu.

“Seluruh dunia Islam sangat berduka cita dan berasa marah atas kekejaman berpanjangan yang menimpa saudara saudari sesama Islam di Palestin,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohamed Khaled berkata, perbuatan itu dengan jelas melanggar hak asasi manusia untuk beragama.

Katanya, polisi kerajaan baru Israel yang juga parti sayap kanan rejim Zionis menyebabkan penduduk Palestin terpaksa mengharungi pelbagai kekejaman berterusan.

“Serangan di Al-Aqsa bukan saja mencemar kesucian tapak itu sebagai lokasi suci umat Islam malah melangkau batas hak asasi manusia.

“Menyerang dan menyerbu tempat suci yang dipenuhi individu yang hadir untuk beribadah adalah satu tindakan yang keji,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menggesa tindakan tegas daripada Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) bagi menghentikan keganasan dan provokasi di lokasi itu.

Menurutnya, semua pihak terbabit perlu berusaha untuk mencapai keamanan bersama-sama dan meningkatkan nilai-nilai murni serta kemanusiaan.

“Majlis Keselamatan perlu memainkan peranan untuk mengurangkan ketegangan dan kucar-kacir ini.

“Kami juga menentang penahanan warga Palestin yang tidak bersalah dalam serangan itu dan bersolidariti bersama warga Palestin menegaskan kepentingan Masjid Al-Aqsa sebagai salah satu tapak suci Islam,” katanya. HM

Serangan Israel terkutuk, tidak boleh dimaafkan – Khaled

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Yana Najib kongsi ‘surat SPRM’ mengenai Nazlan lepas semakan SRC ditolak

Rahim Maarof koma dalam ICU

Luke Shaw peluk Islam?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker