Rayuan pengampunan Najib: UMNO mohon atas dasar simpati
Rayuan pengampunan Najib: UMNO mohon atas dasar simpati
UMNO tidak berniat mendesak Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, susulan rayuan pengampunan penuh ke atas bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, permohonan itu dibuat atas dasar bersimpati dan berharap ia mendapat pertimbangan yang sewajarnya.
“Kita tidak berhasrat mendesak tetapi kita mohon agar Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong agar dapat mempertimbangkan rayuan daripada UMNO.
“Kita bergembira bersama dalam iftar hari ini tetapi bekas pemimpin kita berada dalam penjara dan menikmati makanan, berbuka puasa dalam penjara.
“Kita amat bersimpati dan kita doakan beliau diberi kekuatan serta berdoa lagar embaga pengampunan dapat beri pertimbangan (kepada rayuan),” katanya ketika berucap pada majlis berbuka puasa UMNO di Pusat Dagangan Dunia (WTC), pada Jumaat.
Majlis Kerja Tertinggi UMNO hari ini memohon pertimbangan agar Yang di-Pertuan Agong memberi pengampunan penuh kepada Najib, yang kini sedang menjalani hukuman penjara selepas didapati bersalah menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd.
Rayuan tersebut dibuat susulan keputusan Mahkamah Persekutuan baru-baru ini menolak permohonan bekas Perdana Menteri itu untuk menyemak semula sabitan dan hukuman penjara berhubung dengan kes SRC.
Sementara itu, Ahmad Zahid juga mengesahkan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023 akan diadakan awal, iaitu pada 7 hingga 10 Jun depan, bagi membolehkan persiapan pilihan raya negeri dilakukan.
“(Tarikh) 7, 8, 9 dan 10 Jun, kita akan adakan perhimpunan agung. Kita buat awal sebab selepas itu kita akan turun ke negeri-negeri untuk berkempen dan menggerakkan jentera bagi pilihan raya di enam buah negeri,” katanya. Awani
Rayuan pengampunan Najib: UMNO mohon atas dasar simpati
Baca Artikel Menarik:
- Isteri ND Lala fail cerai
- Najib petik hujah Rahman Sebli untuk pengampunan diraja
- Diana Danielle : Kalau sayang betul pada anak, kenapa nak buang bin atau binti anak?
- Pulanglah Zalina
- Diana dedah punca fail cerai terhadap Farid Kamil
- Hidayah dakwa disihir sejak menjadi balu arwah Abam
- Harjit Singh Hullon, 45 tahun baca berita RTM
- Kumpulan doktor kontrak bidas ugutan ingin mogok
- Pemimpin Umno kalah pemilihan bawa lari ‘harta’ parti, dedah Zahid
- Kami bukan scammer bawa jemaah – CEO Emraz
- Karipap berkulat, Vendor mengaku kitar semula karipap tak laku
- Penemuan cakar misteri seperti spesies dinosor buat pakar haiwan keliru
- Pengantin perempuan buat kecoh mahu berkahwin lain di balai polis
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Yana Najib kongsi ‘surat SPRM’ mengenai Nazlan lepas semakan SRC ditolak
You must be logged in to post a comment.