Perhimpunan Agung Umno 2023 dari 7 ke 10 Jun
Perhimpunan Agung Umno 2023 dari 7 ke 10 Jun
Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno hari ini menetapkan tarikh Perhimpunan Agung Umno 2023 dari 7 hingga 10 Jun depan, kata Presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata perhimpunan agung itu diadakan lebih awal berbanding kebiasaan, sebelum jentera parti turun padang berkempen untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri nanti.
“Pada 14 Mei ini pula di Pusat Dagangan Dunia (WTC) kita akan akan adakan konvensyen parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan dan kita juga akan sama-sama dengan parti lain bergerak bukan sahaja untuk PRN di enam negeri, tetapi juga sebagai pasukan untuk pemantapan kerajaan.
Jika kita satukan saf kepimpinan kerajaan ini akan kekal sehingga sekurang-kurangnya hingga Pilihan Raya Umum ke-16,” katanya pada Majlis Berbuka Puasa Umno Malaysia di WTC Kuala Lumpur di Kuala Lumpur hari ini.
Beliau berkata Umno dan Barisan Nasional (BN) amat menghargai kerjasama rakan-rakan parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan dan akan terus mendukung aspirasi kerajaan.
Majlis berbuka puasa itu turut dihadiri Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan yang juga Timbalan Presiden Umno serta tiga Naib Presiden iaitu Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
Ahmad Zahid sebelum itu mempengerusikan mesyuarat MT Umno di Menara Dato Onn di Kuala Lumpur. Mk
Perhimpunan Agung Umno 2023 dari 7 ke 10 Jun
Baca Artikel Menarik:
- Isteri ND Lala fail cerai
- Najib petik hujah Rahman Sebli untuk pengampunan diraja
- Diana Danielle : Kalau sayang betul pada anak, kenapa nak buang bin atau binti anak?
- Pulanglah Zalina
- Diana dedah punca fail cerai terhadap Farid Kamil
- Hidayah dakwa disihir sejak menjadi balu arwah Abam
- Harjit Singh Hullon, 45 tahun baca berita RTM
- Kumpulan doktor kontrak bidas ugutan ingin mogok
- Pemimpin Umno kalah pemilihan bawa lari ‘harta’ parti, dedah Zahid
- Kami bukan scammer bawa jemaah – CEO Emraz
- Karipap berkulat, Vendor mengaku kitar semula karipap tak laku
- Penemuan cakar misteri seperti spesies dinosor buat pakar haiwan keliru
- Pengantin perempuan buat kecoh mahu berkahwin lain di balai polis
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Yana Najib kongsi ‘surat SPRM’ mengenai Nazlan lepas semakan SRC ditolak