Biodata Artis Isyariana Che Azmi, Profail dan Latar Belakang

Biodata Artis Isyariana Che Azmi, Profail dan Latar Belakang

Isyariana binti Che Azmi (lahir 31 Oktober 1990) merupakan seorang pelakon dan penyanyi Malaysia dan juga bekas peserta Akademi Fantasia 2016. Beliau mempunyai diploma di dalam bidang Seni Bina dari Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Pahang. Dan Beliau sering dikatakan mempunyai wajah seiras penyanyi kelahiran Indonesia, Agnes Monica. Beliau mula terkenal dengan watak Lisa dalam siri drama terpanjang iaitu Hati Yang Dikhianati.

Kehidupan awal

Beliau dilahirkan pada 31 Oktober 1990 di Temerloh, Pahang dan berkelulusan dalam bidang Seni Bina dari Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Pahang.



Biodata Artis Isyariana Che Azmi, Profail dan Latar Belakang

Kerjaya

Kerjaya awal

Sebelum memulakan kerjaya hiburan, Isyariana terlebih dahulu memulakan kerjaya awalnya sebagai pelukis pelan di negeri kelahirannya. Beliau pernah menyertai rancangan realiti TV i-Klon terbitan Datuk Siti Nurhaliza. Beliau juga turut terlibat dalam membuat persembahan solo bagi konsert penyanyi Indonesia, Rossa di Pahang, serta konsert-konsert di Raja Pahang di Dewan Jubli Perak, Pekan. Isya juga pernah menjadi penyanyi gantian untuk kumpulan The Fabulous Cats selama setahun.


Baca Artikel Menarik:

Isyariana – Saya memang takut hendak kahwin



Hanarose

Sebelum menyertai Akademi Fantasia 2016, Isyariana pernah menganggotai kumpulan duo Hanarose bersama Eka Sharif di bawah didikan Cat Farish pada tahun 2014. Kumpulan ini bernaung di bawah Godzilla Boombox milik Cat dan seterusnya mengeluarkan single sulung mereka bertajuk “Girlfriend” pada April 2014.[7] Kumpulan ini ditubuhkan pada 2013 dan pertemuan Isya dengan Eka telah diatur oleh Cat. Sepanjang tempoh aktif dalam industri muzik tanah air, Hanarose pernah mengeluarkan beberapa lagu yang kesemuanya digunakan sebagai muzik tema filem Melayu tempatan—”UFO” (Usin UFO), “Tiba Kini Waktu” (Coverina) dan “Deritaku” (Pengantin Malam). Kumpulan ini dibubarkan secara rasmi pada 2016.

Akademi Fantasia

  1. “Tak Tercapai Akalmu” (Elyana)
  2. “Flora Cinta” (Min Malik)
  3. “Melompat Lebih Tinggi” (Sheila on 7)
  4. “Tanpa Kekasihku” (Agnez Mo)

Baca Artikel Menarik:

Ini doa untuk Puteri Sarah – Ibu Syamsul

Bidang lakonan

Melengkapkan diari kerjaya hiburannya, Isyariana memulakan kerjaya lakonan dengan membintangi drama Married Tapi Benci yang dibintangi oleh Syafiq Kyle dan Azira Shafinaz; beliau memegang watak ibu tiri Rina. Ia kemudian diikuti oleh watak lakonan sebagai Hanissa dalam drama Urusan Hati Cik Drama Queen lakonan Scha Al-Yahya. Pada tahun 2017 juga, Isya muncul dalam telefilem Cinta Bae Kicap. Kerjaya filemnya bermula dengan memegang watak Cikgu Nur dalam filem Warkah (2019).



Bidang muzik

Pada Jun 2021, Isyariana melancarkan single sulungnya, “Bisik Hati”.

Biodata Artis Isyariana Che Azmi, Profail dan Latar Belakang


Baca Artikel Menarik:

Kenyataan Amelia fitnah dan aibkan A Aida Production

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

 



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker