92 bazar Ramadan KL, Putrajaya ‘buang’ 53 tan sisa makanan sehari

92 bazar Ramadan KL, Putrajaya ‘buang’ 53 tan sisa makanan sehari

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) mengendalikan 53 tan sisa makanan sehari membabitkan 92 bazar Ramadan di Putrajaya dan Kuala Lumpur.

Menteri Pembangunan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, ia membabitkan 87 bazar di Kuala Lumpur dan lima bazar di Putrajaya.

“Dari pencerapan data dibuat di semua 92 bazar Ramadan selama seminggu, didapati jumlah sisa makanan yang dibuang peniaga-peniaga bazar Ramadan secara purata adalah sebanyak 53 tan sehari.

“Kajian yang dibuat kepada peniaga bazar Ramadan Presint 3, Putrajaya juga mendapati, hanya 16 peratus daripada peniaga di bazar tersebut dapat menghabiskan jualan mereka.

“Bagi peniaga yang tidak dapat menghabiskan jualan, 81 peratus daripada mereka menyumbangkan makanan tersebut dan hanya tiga peratus sisa makanan dibuang ke tong yang disediakan,” katanya dalam sidang akhbar, di sini hari ini.

Katanya, sumbangan makanan yang tidak habis dijual ini akan membantu mengelakkan pembaziran dan mengurangkan sisa makanan dari dihantar ke tapak pelupusan.

Dalam pada itu, Kor Ming berkata, SWCorp turut mengendalikan sisa makanan dari 5,260 tapak perniagaan di Kuala Lumpur dan 434 tapak di Putrajaya.

“Manakala purata sisa bagi satu petak perniagaan sehari adalah sebanyak 9.5 kilogram (kg) sehari di Kuala Lumpur dan 7.3 kg sehari di Putrajaya,” katanya.

Katanya, komposisi sisa yang paling besar di Malaysia adalah sisa makanan iaitu sebanyak 44.5 peratus dan jumlah itu menjadi sesuatu yang membimbangkan ketika bulan Ramadan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif SWCorp, Ismail Moktar berkata, pihaknya turut menjalinkan kerjasama dengan Pertubuhan Pemuda Gema Malaysia menjayakan Projek MYSaveFood Ramadan bagi menyelamatkan lebihan makanan.

“Kerjasama SWCorp di bawah Projek MYSaveFood ini melibatkan 15 bazar Ramadan terpilih dan sehingga 4 April lalu, sebanyak 2,181.90 kilogram (kg) lebihan makanan telah diselamatkan,” katanya. Utusan

92 bazar Ramadan KL, Putrajaya ‘buang’ 53 tan sisa makanan sehari

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Yana Najib kongsi ‘surat SPRM’ mengenai Nazlan lepas semakan SRC ditolak

Rahim Maarof koma dalam ICU

Luke Shaw peluk Islam?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker