Kes Hakim Nazlan, peguam dakwa SPRM melangkaui bidang kuasa

Peguam mendakwa SPRM melangkaui bidang kuasanya dalam siasatan terhadap hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali .

Ini selepas menteri undang-undang Azalina Othman Said mengesahkan dalam surat kepada peguam Najib Razak bahawa SPRM mendapati Nazlan melanggar Kod Etika Hakim dan mempunyai konflik kepentingan semasa mempengerusikan kes SRC International.

Bekas presiden Badan Peguam Malaysia Ambiga Sreenevasan berkata ini juga merupakan kes campur tangan eksekutif.



“Ini, pada pandangan saya, campur tangan eksekutif yang jelas, melampaui bidang kuasa oleh SPRM dan rancangan licik untuk menjejaskan badan kehakiman.

“Semuanya kerana beberapa pelanggar undang-undang enggan bertanggungjawab. Adakah ini boleh diterima oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim?” soalnya dalam ciapan Twitter.

Terdahulu, peguam Najib mengesahkan Azalina telah menghantar surat kepada mereka yang mengesahkan aspek siasatan SPRM ke atas Nazlan.

Menurut sumber yang mempunyai pengetahuan mengenai perkara itu, Shafee Abdullah menulis surat kepada Azalina meminta menteri itu mengesahkan sama ada SPRM mendapati Nazlan berkonflik kepentingan ketika mempengerusikan kes SRC International atau tidak.



Dia juga ingin tahu sama ada SPRM mendapati Nazlan telah melanggar Kod Etika Hakim atau tidak.

Dalam jawapannya kepada Shafee bertarikh 20 Mac, Azalina dilaporkan menyatakan “Saya boleh mengesahkan persoalan-persoalan yang dikemukakan bahawa soalan-soalan tersebut telah dijawab secara afirmatif.”

Naib Presiden Muda Lim Wei Jiet – yang juga seorang peguam – berkata SPRM tidak mempunyai sebarang bidang kuasa untuk membuat penemuan sedemikian.

“Terdapat mekanisme yang sangat khusus untuk ini. Jawatankuasa Etika Hakim di bawah Akta Jawatankuasa Etika Hakim 2010 adalah satu-satunya pihak berkuasa (untuk membuat penemuan sedemikian).



“Azalina patut jawab,” katanya.

Dia menambah bahawa ini adalah sama mengelirukan seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) membuat penemuan bahawa satu kesalahan di bawah Akta SPRM telah dilakukan.

“Ia sama sekali tanpa sebarang kuasa atau kepakaran untuk membuat kesimpulan sedemikian,” katanya

Siasatan SPRM telah dilancarkan terhadap Mohd Nazlan berhubung dakwaan yang mengaitkan hakim itu dengan perjanjian 1MDB Tanjung Energy Holdings Sdn Bhd ketika bertugas dengan Maybank.



Pada 24 Feb, panel yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat memutuskan bahawa siasatan SPRM ke atas Nazlan tidak mengikut protokol.

Tengku Maimun – yang membacakan keputusan itu – berkata meskipun Perlembagaan Persekutuan memberi kuasa kepada agensi penyiasatan jenayah seperti SPRM untuk menyiasat hakim yang sedang bersidang serta membenarkan pendakwa raya memulakan prosiding mahkamah jenayah terhadap hakim tersebut, kuasa tersebut mesti dilaksanakan dengan dengan niat baik dan hanya bagi kes-kes yang betul.

Ini penting, katanya, bagi memastikan badan kehakiman dapat menjalankan fungsinya secara bebas.

Nazlan, ketika menjadi hakim Mahkamah Tinggi pada 2020, menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan RM210 juta kepada Najib kerana rasuah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram.



 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Yana Najib kongsi ‘surat SPRM’ mengenai Nazlan lepas semakan SRC ditolak

Rahim Maarof koma dalam ICU

Luke Shaw peluk Islam?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker