Isu raya awal dirujuk ke Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan

Elak raya terkejut berulang seperti tahun lalu.

Isu raya awal dirujuk ke Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan

Bagi mengelakkan kejadian hari raya puasa disambut lebih awal pada tahun lalu tidak berulang, isu itu akan dirujuk kepada Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan.

Bagaimanapun Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Mohd Na’im Mokhtar tidak mengulas lanjut bilakah mesyuarat bersama jawatankuasa itu akan diadakan.



“Seboleh-bolehnya kita nak mengelakkan apa yang berlaku pada tahun lepas tidak berulang supaya umat Islam tidak terkejut.

“Itu hasrat (elak raya terkejut) kita semua. Saya tidak mahu mengeluarkan kenyataan pra-matang sebaliknya menyerahkan kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja (PMBRR).

“Kita tahu bahawa kuasa mengumumkan tarikh hari raya terletak di bawah oleh PMBRR selaku pihak yang diamanahkan oleh Majlis Raja-Raja,” katanya yang dipetik portal Utusan Malaysia Online, hari ini.

Mohd Na’im juga menasihatkan umat Islam supaya bersabar dan berkata kerajaan akan cuba memastikan kejadian seperti tahun lalu tidak berulang.



Sebelum ini, Pusat Astronomi Antarabangsa berpangkalan di Emiriah Arab Bersatu (UAE) menjangkakan akhir Ramadan pada tahun ini jatuh pada Khamis bersamaan 20 April 2023.

Menurut portal Gulf News, bagaimanapun beberapa negara di Asia termasuk Australia mungkin tidak dapat melihat keadaan anak bulan Syawal dengan mata kasar mahupun menggunakan teleskop khas.

Jelas portal itu lagi, namun begitu, beberapa negara Islam lain berkemungkinan akan dapat menyaksikan anak bulan terbabit pada tarikh tersebut.

Kebanyakan negara Islam mungkin mengumumkan permulaan 1 Syawal pada keesokan harinya yang akan menjadikan Jumaat (21 April) sebagai hari pertama Aidilfitri.



“Jadi saya rasa kita kena tunggulah. Di pihak kita, pastinya nak elak benda itu.

“Bagaimanapun, ada satu kaedah dalam syarat yang menyebut ‘tindakan pemerintah yang bertanggungjawab itu didasarkan kepada kepentingan awam’.

“Jadi saya ingat itu kriteria yang akan digunakan untuk memudahkan rakyat jika situasi itu berlaku kelak,” katanya lagi. Mk

Isu raya awal dirujuk ke Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Yana Najib kongsi ‘surat SPRM’ mengenai Nazlan lepas semakan SRC ditolak



Rahim Maarof koma dalam ICU

Luke Shaw peluk Islam?



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker