TikToker minta maaf, nafi mahu jual buah pinggang
TikToker minta maaf, nafi mahu jual buah pinggang
Seorang pengguna TikTok mengeluarkan permohonan maaf secara terbuka selepas satu klip videonya mendakwa dia ingin menjual buah pinggangnya menjadi tular baru-baru ini.
Lelaki yang menggunakan nama daddy_keacy untuk akaun TikToknya itu berkata dia membuat hantaran tersebut disebabkan masalah hutang yang dihadapinya.
Bagaimanapun dia mengaku tidak berhajat untuk menjual buah pinggangnya seperti yang dimuat naik di media sosial berkenaan.
“Jadi saya buat ‘jalan pintas’kepada sesiapa yang nak beli buah pinggang.
“Dan saya tidak sangka pula video tersebut Fyp,” katanya di dalam video berdurasi tiga minit yang dimuat naik di TikTok semalam.
Fyp ialah singkatan untuk For You Page yang merujuk kepada halaman di aplikasi TikTok yang dipenuhi dengan kandungan video dianggap sesuai dan akan menghiburkan pengguna.
Pengguna Tiktok akan mengguna tanda pagar #fyp untuk menjadikan video yang dihasilkan mereka mendapat perhatian dan meningkatkan capaian penonton.
Semakan Malaysiakini mendapati pengguna TikTok – yang memperkenalkan dirinya sebagai tukang masak dan pengatur cara majlis itu – memberi penerangan kepada 2,337 pengikutnya tentang alasan dia mahu menjual organ.
Doktor pakar kesal
Dia yang mula memuat naik beberapa video sejak 25 Mac lalu mengakui menggunakan rakaman yang diambil ketika dia menghadiri temu duga kerja di Singapura untuk meraih perhatian dan menambah pendapatan sampingannya di TikTok.
Pun begitu dia mengakui tiada hasil yang diperoleh daripada video tersebut.
Tidak dapat dipastikan jika kenyataan daddy_keacy itu ada kaitan dengan oleh Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, yang mendakwa ada rakyat Malaysia terpaksa menjual buah pinggang mereka atas faktor kesempitan hidup.
Wan Ahmad Fayhsal yang juga ketua Pemuda Bersatu (Armada) itu menggunakan hujah tersebut untuk mendesak kerajaan membenarkan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sekali lagi.
Dalam hantarannya semalam daddy_keacy turut membuat permohonan maaf secara terbuka kepada kerajaan Malaysia dan Singapura kerana membuat kenyataan palsu.
“Saya harap kerajaan Singapura dapat menerima permohonan maaf saya.
“Saya juga ingin memohon maaf kepada kerajaan Malaysia yang mana orang menyalahkan saya mengenai desakan hidup hingga perlu menjual organ mereka.
“Benda tu (masalah kewangan) memang merdesak tapi tidak sampai saya mahu menjual buah pinggang,” katanya.
Ahli Parlimen Bandar Kuching Kelvin Yii sebelum ini menuntut Wan Ahmad Fayhsal mengemukakan bukti berhubung “dakwaan serius” yang dibuatnya itu.
Selain itu seorang doktor yang juga pakar dalam pendermaan organ Dr Abdul Jabbar Ismail turut menyatakan rasa kesal dengan dakwan Wan Ahmad Fayhsal kerana ia menjejaskan usaha menggalakkan orang ramai menderma organ. Mk
TikToker minta maaf, nafi mahu jual buah pinggang
Baca Artikel Menarik:
- Isteri ND Lala fail cerai
- Najib petik hujah Rahman Sebli untuk pengampunan diraja
- Diana Danielle : Kalau sayang betul pada anak, kenapa nak buang bin atau binti anak?
- Pulanglah Zalina
- Diana dedah punca fail cerai terhadap Farid Kamil
- Hidayah dakwa disihir sejak menjadi balu arwah Abam
- Harjit Singh Hullon, 45 tahun baca berita RTM
- Kumpulan doktor kontrak bidas ugutan ingin mogok
- Pemimpin Umno kalah pemilihan bawa lari ‘harta’ parti, dedah Zahid
- Kami bukan scammer bawa jemaah – CEO Emraz
- Karipap berkulat, Vendor mengaku kitar semula karipap tak laku
- Penemuan cakar misteri seperti spesies dinosor buat pakar haiwan keliru
- Pengantin perempuan buat kecoh mahu berkahwin lain di balai polis
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Yana Najib kongsi ‘surat SPRM’ mengenai Nazlan lepas semakan SRC ditolak