Penduduk Arab Saudi belanja lebih RM14 bilion dalam seminggu
Penduduk Arab Saudi belanja lebih RM14 bilion dalam seminggu
RIYADH: Penduduk Arab Saudi membelanjakan SR12 bilion (RM14.08 bilion) dalam tempoh seminggu bermula 26 Mac hingga 1 April lalu, menurut Bank Pusat Saudi (SAMA).
Perbelanjaan dibuat melalui 150.2 juta transaksi melalui mata jualan (PoS), termasuk SR1.2 bilion (RM1.4 bilion) untuk restoran dan kafe, dan SR2.1 bilion (RM2.46 bilion) untuk makanan dan minuman.
SAMA mendedahkan dalam laporan mingguannya mengenai PoS, orang ramai membelanjakan SR1.4 bilion (RM1.64 bilion) untuk pakaian dan kasut, manakala SR317.1 juta (RM372 juta) untuk binaan dan bahan binaan.
Menurut laporan itu orang ramai turut membelanjakan SR152.5 juta (RM178.9 juta) untuk pendidikan, SR256.3 juta (RM300.7 juta) untuk e-peranti, SR730.3 juta (RM856.8 juta) untuk stesen minyak, dan SR844.2 juta (RM990.5 juta) untuk kesihatan.
Memetik laporan Saudi Gazette, perbelanjaan turut membabitkan kira-kira SR348.3 juta RM408.6) untuk perabot, SR322 juta (RM377.8 juta) untuk hotel, SR1.5 bilion (RM1.76 bilion) untuk kemudahan awam, SR251.9 juta (RM295.5) untuk barang kemas dan SR1.3 bilion (RM1.53 bilion) untuk pelbagai barangan dan perkhidmatan.
Sebanyak SR295.3 juta (RM346.8 juta) dibelanjakan untuk hiburan dan budaya, SR126.3 juta (RM148.2 juta) untuk komunikasi, dan SR764.3 juta (RM896.7 juta) untuk pengangkutan. BH
Penduduk Arab Saudi belanja lebih RM14 bilion dalam seminggu
Baca Artikel Menarik:
- Isteri ND Lala fail cerai
- Najib petik hujah Rahman Sebli untuk pengampunan diraja
- Diana Danielle : Kalau sayang betul pada anak, kenapa nak buang bin atau binti anak?
- Pulanglah Zalina
- Diana dedah punca fail cerai terhadap Farid Kamil
- Hidayah dakwa disihir sejak menjadi balu arwah Abam
- Harjit Singh Hullon, 45 tahun baca berita RTM
- Kumpulan doktor kontrak bidas ugutan ingin mogok
- Pemimpin Umno kalah pemilihan bawa lari ‘harta’ parti, dedah Zahid
- Kami bukan scammer bawa jemaah – CEO Emraz
- Karipap berkulat, Vendor mengaku kitar semula karipap tak laku
- Penemuan cakar misteri seperti spesies dinosor buat pakar haiwan keliru
- Pengantin perempuan buat kecoh mahu berkahwin lain di balai polis
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Yana Najib kongsi ‘surat SPRM’ mengenai Nazlan lepas semakan SRC ditolak