Majlis Ulama UMNO gesa masyarakat antarabangsa nyatakan pendirian kekejaman zionis di Al-Aqsa

Majlis Ulama UMNO gesa masyarakat antarabangsa nyatakan pendirian kekejaman zionis di Al-Aqsa

Majlis Ulama UMNO menggesa agar masyarakat antarabangsa dan umat Islam di seluruh dunia menyatakan pendirian mengecam tindakan jenayah rejim zionis di Masjid Al-Aqsa.

Menurut satu kenyataan, serangan itu jelas bertentangan dengan prinsip dan amalan masyarakat antarabangsa mengenai tempat mulia ibadat serta kebebasan untuk mengamalkan agama masing-masing.

“Majlis Ulama UMNO mengecam sekeras-kerasnya kejadian pencabulan dan jenayah kekejaman yang dilakukan oleh tentera haram Zionis ke atas pengunjung Masjid al-Aqsa yang beriktikaf di masjid tersebut.

“Jenayah kemanusiaan yang berlaku ini sudah tentu akan menyentuh emosi seluruh umat Islam yang pasti akan mencetuskan perkara-perkara yang tidak diingini,” katanya, hari ini.

Awal hari ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan komuniti antarabangsa memastikan rejim Israel bertanggungjawab ke atas serbuan di kompleks Masjid Al-Aqsa, Rabu lepas, yang menyebabkan sekurang-kurangnya tujuh rakyat Palestin cedera.

Anwar turut mendesak agar semua rakyat Palestin yang ditahan semasa serbuan tersebut dibebaskan segera.

Media sebelum ini melaporkan tentera Israel menyerbu kompleks Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur dua kali berturut-turut, dan menyerang jemaah Palestin.

Rejim zionis itu turut menyerbu Dewan Solat Al-Qibli di kompleks Masjid Al-Aqsa selepas solat tarawih, melepaskan bom pegun, memukul jemaah Palestin dan menahan kira-kira 350 orang. MG

Majlis Ulama UMNO gesa masyarakat antarabangsa nyatakan pendirian kekejaman zionis di Al-Aqsa

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Yana Najib kongsi ‘surat SPRM’ mengenai Nazlan lepas semakan SRC ditolak

Rahim Maarof koma dalam ICU

Luke Shaw peluk Islam?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker