BN, PH sepakat tak tembung kerusi di N Sembilan pada PRN
BN, PH sepakat tak tembung kerusi di N Sembilan pada PRN
Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan sudah mencapai persefahaman mengelak pertembungan menjelang pilihan raya negeri (PRN).
Pengerusi BN negeri, Jalaluddin Alias berkata, beliau telah mengadakan perbincangan dengan Pengerusi PH negeri, Aminuddin Harun, berhubung pembahagian kerusi dan ia berlangsung dalam keadaan positif.
“Secara dasarnya Umno dan PH bersetuju untuk memastikan kemenangan dapat dipertahankan di 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRN nanti.
“Kita juga telah mencapai persefahaman supaya BN tidak ada pertembungan dengan PH,” katanya.
Jalaluddin berkata, beliau yakin BN dan PH akan mencapai kata sepakat berhubung soal itu dan keputusan akan diperoleh dalam tempoh terdekat.
Media sebelum ini melaporkan Negeri Sembilan, Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu mencapai persetujuan membubarkan DUN masing-masing dalam tempoh dua minggu terakhir Jun ini bagi memberi laluan kepada PRN.
Ketika ditanya siapa calon menteri besar atau ‘poster boy’, Ahli Parlimen Jelebu itu berkata, ia tidak diberi perhatian sekarang kerana perkara itu adalah keputusan prerogatif Majlis Presiden.
“Pandangan saya, jika ada kerjasama baik antara PH untuk menubuhkan kerajaan perpaduan di Negeri Sembilan, tak wajar untuk ada dua ‘poster boy’, mesti ada seorang saja.
“Ini akan perkukuhkan lagi ikatan kekuatan jentera kita dalam menghadapi PRN akan datang,” katanya. FMT
BN, PH sepakat tak tembung kerusi di N Sembilan pada PRN
Baca Artikel Menarik:
- Isteri ND Lala fail cerai
- Najib petik hujah Rahman Sebli untuk pengampunan diraja
- Diana Danielle : Kalau sayang betul pada anak, kenapa nak buang bin atau binti anak?
- Pulanglah Zalina
- Diana dedah punca fail cerai terhadap Farid Kamil
- Hidayah dakwa disihir sejak menjadi balu arwah Abam
- Harjit Singh Hullon, 45 tahun baca berita RTM
- Kumpulan doktor kontrak bidas ugutan ingin mogok
- Pemimpin Umno kalah pemilihan bawa lari ‘harta’ parti, dedah Zahid
- Kami bukan scammer bawa jemaah – CEO Emraz
- Karipap berkulat, Vendor mengaku kitar semula karipap tak laku
- Penemuan cakar misteri seperti spesies dinosor buat pakar haiwan keliru
- Pengantin perempuan buat kecoh mahu berkahwin lain di balai polis
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Yana Najib kongsi ‘surat SPRM’ mengenai Nazlan lepas semakan SRC ditolak
You must be logged in to post a comment.