Wan Fayhsal jaga mulut tu – Zuraida

Wan Fayhsal jaga mulut tu – Zuraida

Zuraida Kamaruddin menafikan ingin kembali menyertai Bersatu dan meminta Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal “menjaga mulut”.

Ia selepas ketua Pemuda Bersatu berkata, bekas Ahli Parlimen Ampang yang meninggalkan parti itu pada Mei tahun lalu memohon untuk menyertai semula selepas PRU15.



Zuraida memaklumkan, apa yang dikatakan Wan Fayhsal tidak benar kerana dia hanya menyebut akan menyokong Perikatan Nasional (PN) pada PRN akan datang.

“Ini tidak benar. Saya cuma sebut akan sokong PN pada pilihan raya (negeri) akan datang.

“Saya sokong parti berbilang kaum. Budak ini baik jaga mulutnya,” katanya menurut Malaysiakini.

Zuraida berkata, beliau akan menghubungi Wan Fayhsal untuk menjelaskan perkara itu.



Terdahulu FMT melaporkan Wan Fayhsal berkata, permohonan Zuraida bagaimanapun ditolak kerana beliau tidak melepaskan jawatan menteri yang diisi atas kuota Bersatu selepas keluar parti.

“(Permohonan Zuraida) Dihantar awal tahun tak silap saya,” katanya dan menambah keputusan menolak permohonan Zuraida itu sebulat suara. FMT

Wan Fayhsal jaga mulut tu – Zuraida

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Yana Najib kongsi ‘surat SPRM’ mengenai Nazlan lepas semakan SRC ditolak

Rahim Maarof koma dalam ICU



Luke Shaw peluk Islam?



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker