Langkah kerajaan dedah laporan sulit nahas kapal terbang yang mengorbankan bekas Ketua Menteri Sabah dipuji
Anak perempuan bekas ketua menteri Sabah Fuad Stephens memuji langkah kerajaan yang dilaporkan akan menyahklasifikasi laporan siasatan persekutuan mengenai nahas pesawat 1976 yang mengorbankan 11 orang, termasuk allahyarham bapanya.
Bagaimanapun, mengikut laporan MK semua dokumen yang dimiliki negara itu berkaitan pesawat Nomad, jenis kapal terbang sama dalam nahas berkenaan.
“Ini adalah permulaan ke arah mendapatkan kebenaran, tetapi pandangan saya ialah kerajaan Australia perlu bersetuju untuk menyahklasifikasi semua dokumen yang dimiliki berhubung dengan pesawat Nomad, dan pesawat yang terhempas di Sabah.
“Bolehkah kerajaan Malaysia sekarang meminta (dokumen) ini didedahkan? Adakah kerajaan Australia akan mematuhinya? Itu akan menjadi harapan kita.
“Kami sudah terlalu lama tertanya-tanya apa yang berlaku dan ini telah membawa kepada spekulasi yang luar biasa, kadang-kadang gila.
“Pada masa nahas itu, penyiasat Australia yang datang dilaporkan dalam akhbar mengatakan bahawa tidak pernah berlaku nahas Nomad. Itu satu pembohongan,” dakwanya.
Faridah berkata terdapat satu nahas pada tahun 1973, walaupun tidak ada yang meninggal dunia.
“Pada Ogos 1976 terdapat satu lagi nahas yang mengorbankan juruterbang dan seorang anak kapal di Avalon, Victoria, berhampiran Melbourne.
“Masalah pengendalian pesawat itu diketahui umum sejak awal 70-an.
“Namun, sehingga juruterbang tentera udara Australia enggan menerbangkannya – mereka memanggilnya “widowmaker” (berbahaya) – barulah kilang pesawat kerajaan di Australia yang menghasilkan pesawat itu ditutup,” tambahnya.
Faridah juga mengetengahkan dokumentari Four Corners pada tahun 1995 yang diterbitkan oleh Perbadanan Penyiaran Australia bertajuk “Lies in the Sky” menunjukkan bahawa ramai orang lain maut berkaitan nahas Nomads.
Perdana Menteri, Anwar Ibrahim hari ini berkata kerajaan akan mendedahkan laporan siasatan persekutuan kepada umum mengenai nahas pesawat 1976 yang mengorbankan 11 orang, termasuk ketua menteri Sabah ketika itu Allahyarham Fuad Stephens.
Anwar berkata kerajaan memahami keresahan ahli keluarga mangsa terbabit dan tuntutan rakyat Sabah selama 47 tahun yang mahu mengetahui tragedi mengakibatkan pemimpin utama negeri itu terkorban.
Perdana menteri memaklumkan laporan akhir siasatan nahas udara itu akan didedahkan kepada umum dalam tempoh seminggu lagi.
“Selama ini kerajaan belum memutuskan untuk menghebahkan, menzahirkan atau diturun taraf (dinyahklasifikasi) di bawah seksyen 2C Akta Rahsia Rasmi 1972, Akta 88.
“Hari ini jemaah menteri mengambil kira pandangan dikemukakan oleh rakyat Sabah selama bertahun-tahun dan juga tuntutan dibuat keluarga waris yang menginginkan maklumat terperinci.
“Ianya selari dengan dasar keterbukaan dan transparency yang diamalkan Kerajaan Perpaduan.
“Oleh demikian kita memutuskan bahawa laporan akhir siasatan kemalangan udara pesawat tersebut akan diturun taraf,” kata Anwar.
Pada 8 Mac, Hakim Mahkamah Tinggi Christopher Chin Soo Yin mengeluarkan perintah mandamus, yang mengarahkan kerajaan untuk memulakan langkah yang diperlukan untuk mendedahkan laporan itu kepada umum.
Mahkamah memberi kerajaan sehingga 8 Jun depan untuk mematuhi arahan itu.
Pada 15 Mac, kerajaan memfailkan rayuan terhadap keputusan berkenaan.
Dikenali sebagai nahas “Double Six”, laporan itu kekal diklasifikasikan sebagai sulit selama hampir lima dekad.
Turut terkorban dalam insiden 6 Jun 1976 itu ialah menteri negeri Salleh Sulong, Peter Mojuntin dan Chong Thien Vun.
Nahas itu juga meragut nyawa pembantu menteri negeri Darius Binion, setiausaha tetap Kementerian Kewangan Sabah Wahid Peter Andau, Isak Atan (yang merupakan setiausaha sulit kepada menteri kewangan ketika itu Tengku Razaleigh Hamzah), Koperal Said Mohammad (yang merupakan pengawal peribadi Fuad), juruterbang Kapten Gandhi Nathan dan anak sulung Fuad Johari Stephens.
Sementara itu, Faridah berkata penghakiman Hakim Mahkamah Tinggi Christopher Chin pada 8 Mac perlu dipuji.
“Hakim Mahkamah Tinggi Christopher Chin betul. Kita semua berhak tahu. Adalah menjadi harapan kami bahawa kerajaan Malaysia – dan kerajaan Australia – akan membawa maklumat itu ke tempat terbuka untuk diteliti,” kata Faridah.
“Bekas naib pengerusi Suhakam Simon Sipaun telah lama menyeru supaya siasatan baru mengenai nahas tragis itu disiasat, dan beliau mengalu-alukan penerbitan laporan yang akan datang.
“Selagi laporan siasatan tidak didedahkan sepenuhnya, saya percaya soalan akan terus ditanya.
“Jika pihak berkuasa tidak mempunyai apa-apa untuk disembunyikan, saya tidak nampak apa-apa sebab mengapa ia harus ditahan,” katanya kepada Malaysiakini.
Jelasnya, pihak keluarga mangsa juga lega akhirnya perkara ini dapat bergerak ke hadapan.
Menurut Faridah lagi, hanya apabila kebenaran diketahui barulah tragedi Double Six akan ditutup kesnya.
Dia juga menyoal sama ada AGC telah menarik balik rayuannya terhadap keputusan hakim Chin atau tidak.
“Jika mereka mengeluarkan laporan, adakah ia bermakna rayuan itu akan ditarik balik? Jika begitu saya mengalu-alukannya,” katanya.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Isteri ND Lala fail cerai
- Najib petik hujah Rahman Sebli untuk pengampunan diraja
- Diana Danielle : Kalau sayang betul pada anak, kenapa nak buang bin atau binti anak?
- Pulanglah Zalina
- Diana dedah punca fail cerai terhadap Farid Kamil
- Hidayah dakwa disihir sejak menjadi balu arwah Abam
- Harjit Singh Hullon, 45 tahun baca berita RTM
- Kumpulan doktor kontrak bidas ugutan ingin mogok
- Pemimpin Umno kalah pemilihan bawa lari ‘harta’ parti, dedah Zahid
- Kami bukan scammer bawa jemaah – CEO Emraz
- Karipap berkulat, Vendor mengaku kitar semula karipap tak laku
- Penemuan cakar misteri seperti spesies dinosor buat pakar haiwan keliru
- Pengantin perempuan buat kecoh mahu berkahwin lain di balai polis
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Yana Najib kongsi ‘surat SPRM’ mengenai Nazlan lepas semakan SRC ditolak