Kes Nusyuz, isteri bekas Ketua Polis Negara bakal hadap mahkamah 24 Mei ini
KUALA LUMPUR – Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Rabu menetapkan 24 Mei depan untuk pengurusan kes permohonan nusyuz bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan terhadap isterinya, Puan Sri Elly Afizahwati Abdul Jalil.
Peguam syarie, Datuk Hazizah Kassim yang mewakili Elly Afizahwati, 42, berkata, mahkamah menetapkan tarikh tersebut bagi membolehkan pihaknya melengkapkan dokumen dan penyerahannya dapat dilakukan kepada Musa.
Pada tarikh itu juga, peguam syarie ini berkata, anak guamnya yang hadir di mahkamah dengan memakai baju kurung akan mengemukakan tuntutan balas, berhubung isu tersebut.
Sementara itu, Elly Afizahwati berkata, keputusan untuk berpisah kekal sehingga ke hari ini.
“Keputusan untuk bercerai diteruskan seperti mana yang dijadualkan sebelum ini,” katanya.
Sementara itu, Musa, 72, yang hadir ke mahkamah dengan memakai kot biru berkemeja putih berkata, pihaknya akan mengikut prosedur yang ditetapkan mahkamah.
“Setakat ini, tiada apa yang hendak diperkatakan, tidak bercakap pun, kita ikut sahajalah prosedur mahkamah,” katanya.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Isteri ND Lala fail cerai
- Najib petik hujah Rahman Sebli untuk pengampunan diraja
- Diana Danielle : Kalau sayang betul pada anak, kenapa nak buang bin atau binti anak?
- Pulanglah Zalina
- Diana dedah punca fail cerai terhadap Farid Kamil
- Hidayah dakwa disihir sejak menjadi balu arwah Abam
- Harjit Singh Hullon, 45 tahun baca berita RTM
- Kumpulan doktor kontrak bidas ugutan ingin mogok
- Pemimpin Umno kalah pemilihan bawa lari ‘harta’ parti, dedah Zahid
- Kami bukan scammer bawa jemaah – CEO Emraz
- Karipap berkulat, Vendor mengaku kitar semula karipap tak laku
- Penemuan cakar misteri seperti spesies dinosor buat pakar haiwan keliru
- Pengantin perempuan buat kecoh mahu berkahwin lain di balai polis
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Yana Najib kongsi ‘surat SPRM’ mengenai Nazlan lepas semakan SRC ditolak