Ikan ditangkap 8 km di bawah permukaan laut

Ikan ditangkap 8 km di bawah permukaan laut

Tokyo: Satu spesies ikan snailfish ditangkap di kawasan paling dalam di lautan yang pernah direkodkan iaitu pada kedalaman lebih 8,300 meter (m).

Ia ditemukan di Jurang Izu-Ogasawara, tenggara Jepun.



Ikan itu snailfishdari spesies Pseudoliparis, dirakam penyelidik dari Australia Barat dan Tokyo pada kedalaman 8,336 meter.

Rakaman itu dibuat dari kapal laut dalam autonomi sebagai sebahagian daripada ekspedisi dua bulan yang bermula tahun lalu.

Beberapa hari selepas ikan snailfish itu dirakam, saintis menangkap dua lagi ikan snailfish, spesies Pseudoliparis belyaevi, di Jepun, pada kedalaman 8,022 m.

Pasukan penyelidik itu berkata, ini adalah ikan pertama yang pernah ditangkap pada kedalaman lebih 8,000 m.



Mereka menggunakan kapal selam tanpa pemandu dikenali sebagai pendarat serta sejenis kamera.

Dilaporkan, lebih 400 spesies ikan snailfish yang diketahui hidup dalam pelbagai jenis habitat dari perairan cetek hingga lautan dalam.

Ketua saintis ekspedisi dan pengasas Pusat Penyelidikan Laut Dalam Minderoo-UWA, Prof Alan Jamieson berkata, penyesuaian khusus membolehkan beberapa spesies ikan snailfish hidup kira-kira 1,000 m lebih dalam daripada ikan laut dalam lain.

“Salah satu sebab ikan snailfish bertahan ialah ia tidak mempunyai pundi udara.



“Cuba untuk mengekalkan rongga gas adalah sangat sukar pada tekanan tinggi.

“Ikan snailfish juga tidak mempunyai sisik,” katanya.

Penemuan ikan snailfish di Izu-Ogasawara itu mengatasi rekod sebelumnya iaitu ikan snailfish yang ditemukan pada kedalaman 8,178 m di Jurang Mariana, berhampiran Filipina, pada 2017. HM

Ikan ditangkap 8 km di bawah permukaan laut



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Yana Najib kongsi ‘surat SPRM’ mengenai Nazlan lepas semakan SRC ditolak



Rahim Maarof koma dalam ICU

Luke Shaw peluk Islam?



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker