Suami simpan RM10.9 juta dalam peti simpanan rahsia elak isteri tahu
Bekas kakitangan Direktorat Cukai Kementerian Kewangan, Rafael Alun Trisambodo mengaku menyimpan sejumlah wang ke dalam Peti Simpanan Selamat (SDB) kerana mahu menyembunyikan harta daripada i isteri dan anaknya, lapor portal berita Kompas.com hari ini.
Sebelum ini, Rafael disyaki Suruhanjaya Pembanterasan Rasuah (KPK) Indonesia menerima suapan berpuluh-puluh bilion rupiah. Dia didakwa menyimpan wang sebanyak 37 bilion rupiah (RM10.9 juta) tetapi telah disita oleh KPK.
“Jadi, memang saya sembunyikan. Tujuannya, saya sembunyikan daripada keluarga saya adalah jangan sampai isteri dan anak saya tahu,” ujar Rafael dalam wawancara bersama Kompas TV.
Menurut Rafael, anak dan isterinya kerap meminta membeli sesuatu atau berkunjung ke suatu tempat apabila mengetahui dia memiliki wang simpanan.
Rafael menafikan tindakannya menyimpan wang dalam bentuk mata wang asing dalam SDB sebagai usaha untuk mengelakkan ia diperoleh dari sumber mana kerana SDB itu menggunakan namanya sendiri.
Dia mengaku tidak mengetahui pihak-pihak yang memberikan wang rasuah kepadanya selama bekerja dengan Kementerian Kewangan.
“Saya tidak pernah menerima daripada pihak-pihak lain yang bekerja sama dengan pejabat saya,” tuturnya.
Menurut Rafael, wang dalam SDB itu adalah daripada jualan aset tanah yang dihibahkan oleh orang tuanya pada 2010 dan hasil penjualan tersebut, dia mendapat sejumlah 10 bilion rupiah (RM2.9 juta) yang kemudian ditukarkan ke mata wang asing.
Sebelum ini, KPK mengesahkan bahawa Rafael menjadi orang yang disyaki menerima rasuah berupa wang. – Agensi
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Isteri ND Lala fail cerai
- Najib petik hujah Rahman Sebli untuk pengampunan diraja
- Diana Danielle : Kalau sayang betul pada anak, kenapa nak buang bin atau binti anak?
- Pulanglah Zalina
- Diana dedah punca fail cerai terhadap Farid Kamil
- Hidayah dakwa disihir sejak menjadi balu arwah Abam
- Harjit Singh Hullon, 45 tahun baca berita RTM
- Kumpulan doktor kontrak bidas ugutan ingin mogok
- Pemimpin Umno kalah pemilihan bawa lari ‘harta’ parti, dedah Zahid
- Kami bukan scammer bawa jemaah – CEO Emraz
- Karipap berkulat, Vendor mengaku kitar semula karipap tak laku
- Penemuan cakar misteri seperti spesies dinosor buat pakar haiwan keliru
- Pengantin perempuan buat kecoh mahu berkahwin lain di balai polis
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Yana Najib kongsi ‘surat SPRM’ mengenai Nazlan lepas semakan SRC ditolak
You must be logged in to post a comment.