Dakwaan polis minta ‘suapan’ daripada pelancong disiasat

PETALING JAYA: Polis membuka kertas siasatan berhubung video tular mendakwa anggotanya meminta “suapan” daripada pelancong baru-baru ini.

Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Yahaya Othman, berkata anggota itu bersama individu berkenaan sudah dikenal pasti dan akan dipanggil memberi keterangan bagi membantu siasatan.

“Video memaparkan anggota polis memakai seragam sedang menjalankan pemeriksaan ke atas seorang individu dengan berlatarbelakangkan papan tanda Memorial Tunku Abdul Rahman, di Bulatan Dato’ Onn.

“Siasatan awal mendapati individu dalam video tular itu mendakwa diperas ugut oleh anggota polis terbabit kerana tidak membawa dokumen pengenalan diri,” katanya dalam kenyataan.

Yahaya berkata, siasatan itu dibuat selepas mengesan video berdurasi satu minit 48 saat dimuat naik seorang pengguna TikTok.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Beliau menasihatkan orang ramai tidak mudah percaya dengan penyebaran maklumat di laman sosial tanpa sumber sahih dan tepat.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Yana Najib kongsi ‘surat SPRM’ mengenai Nazlan lepas semakan SRC ditolak

Rahim Maarof koma dalam ICU

Luke Shaw peluk Islam?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker