Mahkamah nafikan perbicaraan adil Najib – Hakim Rahman

Hakim Besar Sabah dan Sarawak Abdul Rahman Sebli menyokong permohonan Najib Razak untuk menyemak semula rayuannya di Mahkamah Persekutuan.

Mahkamah nafikan perbicaraan adil Najib – Hakim Rahman

Najib Razak tidak diwakili peguam ketika Mahkamah Persekutuan mendengar dan menolak rayuannya dalam kes rasuah SRC International, menurut penghakiman minoriti oleh Hakim Mahkamah Persekutuan Abdul Rahman Sebli.

“Keadilan bukan semata-mata menentukan seseorang itu bersalah atau tidak. Ia juga mengenai seseorang yang dituduh itu mendapat perbicaraan yang adil,” kata Rahman dalam penghakiman minoriti setebal 78 muka surat yang disiarkan hari ini.

Rahman yang juga Hakim Besar Sabah dan Sarawak adalah salah seorang lima panel Hakim Mahkamah Persekutuan yang mendengar permohonan Najib untuk menyemak semula rayuannya dalam kes SRC.

Katanya, keengganan mahkamah membenarkan penangguhan perayu utama “mengalahkan semua hak (Najib) untuk diwakili peguam”.

Kata hakim itu lagi, beliau tidak mendapati secara jelas yang mencadangkan pasukan pembelaan Najib, yang dilantik semula tiga minggu sebelum rayuan, cuba mendapatkan penangguhan sebagai sebahagian “plot” atau “strategi” untuk menangguhkan pendengaran.

Sebaliknya, “rayuan penuh perasaan” peguam bela baharu Hisyam Teh Poh Teik untuk pasukan itu diberi masa mencukupi untuk membuat persediaan dibuat dengan niat yang baik kerana tidak dibantah pendakwaan, kata hakim itu.

Permohonan Najib untuk menyemak semula sabitan dan hukumannya oleh Mahkamah Persekutuan mendapat keputusan 4-1 apabila Hakim Vernon Ong, Rhodzariah Bujang, Nordin Hassan dan Abu Bakar Jais menolak permohonan itu.

Ong yang menyampaikan penghakiman majoriti berkata, Hisyam diberi peluang untuk mengemukakan rayuan tetapi memilih untuk tidak berbuat demikian. Ong berkata, tidak berlaku salah laksana keadilan.

Bagaimanapun, Rahman berkata mahkamah mengekalkan budi bicara untuk membenarkan penangguhan, isu sebenar adalah sama ada budi bicara itu menghalang hak Najib untuk mendapatkan perbicaraan yang adil.

Katanya, Najib dinafikan perbicaraan adil apabila Hisyam menarik diri selepas panel hakim Mahkamah Rayuan memutuskan pendengaran mesti diteruskan.

“Sebab Hisyam menarik diri daripada mewakili perayu kerana beliau langsung tidak bersedia untuk berhujah, yang membabitkan kira-kira 30,000 dokumen,” kata Rahman.

Walaupun menarik diri, Hisyam diarahkan kekal di mahkamah sebagai peguam dalam rekod untuk Najib. “Dalam kata lain, beliau dipaksa bertindak sebagai peguam kepada pemohon,” kata Rahman.

Kata hakim itu lagi, Najib tidak boleh dikatakan diwakili peguam apabila peguam pilihannya tidak mahu mewakili beliau lagi.

“Diwakili secara paksa adalah tidak diwakili langsung, terutama di mana, dalam kes ini peguam enggan mengambil bahagian dalam pendengaran rayuan utama,” katanya.

Prosiding yang cacat

Hakim itu juga membangkitkan isu mengenai bagaimana panel rayuan yang dipengerusikan Ketua Hakim Tengku Maimun Tuan Mat mengendalikan prosiding.

Katanya, Kod Prosedur Jenayah menetapkan perayu (Najib) untuk berhujah dahulu bagi menyokong rayuannya, diikuti oleh wakilnya.

“Keperluan prosedur ini tidak diikuti oleh mahkamah,” kata Rahman. “Daripada mendengar hujahan (Najib) dahulu, sebaliknya mahkamah menjemput timbalan pendakwa raya untuk berhujah terlebih dahulu,” tambahnya.

Menjelaskan panel membuat “tindakan luar biasa” itu kerana Hisyem enggan mengambil bahagian dalam pendengaran, Rahman berkata:

“Keengganan peguam untuk menyampaikan hujah sama seperti ketidakhadiran (Najib) atau peguam untuk menyokong rayuannya,” kata Rahman.

Beliau menggambarkan keputusan itu sebagai sukar dipercayai “kerana pemohon (Najib) dan peguamnya ada di mahkamah”.

Katanya, pendakwaan berhujah selama dua hari tetapi Najib langsung tidak didengari. “Tidak kira apa pun pandangan seseorang itu, akhirnya mahkamah hanya mendengar sebelah pihak” yang menurutnya satu pencabulan kepada asas undang-undang.

Pada 28 Julai 2020, Najib disabitkan oleh Nazlan, ketika itu hakim Mahkamah Tinggi, atas tuduhan salah guna kuasa, pengubahan wang haram dan pecah amanah berhubung dana SRC berjumlah RM42 juta.

Beliau dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta. Rayuannya di Mahkamah Rayuan ditolak pada 8 Dis 2021.

Najib memulakan hukuman penjara pada 23 Ogos tahun lepas, sejurus selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman asal. FMT

Mahkamah nafikan perbicaraan adil Najib – Hakim Rahman

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kantoi Curang, Da’i Pukul & Maki Kekasih (Video)

Lelaki Paling Dayus – Pachara Dedah Betapa Kejamnya Afiq Muiz

Musa kena betulkan dirinya dulu – Elly Afizahwati

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker