Isu cukai vape, Ini penjelasan KJ

 

SHAH ALAM – Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaludin Abu Bakar menjelaskan bahawa meskipun kerajaan pada pentadbiran sebelum berhasrat untuk mengenakan cukai berhubung produk cecair vape, namun mereka tidak mengecualikannya daripada jadual Akta Racun 1952.

Jelas beliau, ia kerana satu akta baharu perlu digubal terlebih dahulu bagi memastikan sebarang risiko yang berpunca daripada barangan tersebut dapat diatasi sekiranya pengecualian itu dibuat



“Jika tidak ada akta baharu, berlaku lacuna (kelompongan) dalam undang-undang sebab vape tidak dapat dikawal langsung.

“Sebab itu kami bawa Akta Kawalan Merokok. Tapi tak sempat diluluskan. Dengan perundangan tersebut, produk nikotin di dalamnya boleh dikecualikan sebab ada akta mengawal,” katanya dalam satu ciapan di Twitter pada Sabtu.

Kerajaan pada hari yang sama mewartakan duti eksais bagi cecair vape dengan kandungan nikotin pada kadar 40 sen setiap mililiter (ml) dalam usaha mengenakan cukai produk cecair atau gel yang mengandungi nikotin.

Perkara tersebut dinyatakan menerusi notis yang dikeluarkan pada Jumaat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.



Sementara itu, Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata, satu rang undang-undang baharu untuk mengawal selia produk dan peranti rokok akan diperkenalkan pada sesi parlimen akan datang,

Jelasnya, rang undang-undang berkenaan merangkumi peruntukan yang memastikan kawalan menyeluruh ke atas nikotin dalam cecair dan gel yang digunakan dalam e-rokok dan vape.

Beliau berkata demikian berikutan kritikan mengenai pengecualian nikotin daripada senarai bahan terkawal di bawah Akta Racun 1952.

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kantoi Curang, Da’i Pukul & Maki Kekasih (Video)



Lelaki Paling Dayus – Pachara Dedah Betapa Kejamnya Afiq Muiz

Musa kena betulkan dirinya dulu – Elly Afizahwati



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker