Jadi penyampai berita, Impiah Hannah Yeoh tercapai

KUALA LUMPUR – Impian Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh sejak daripada bangku sekolah untuk menjadi pembaca berita akhirnya terkabul selepas diberi penghormatan membuat penampilan eksklusif bagi edisi sulung “Stadium RTM (Radio Televisyen Malaysia)” dalam Berita Perdana, pada Sabtu.

Hannah yang tampil dengan blazer berwarna merah dilihat tidak kekok dan tampil bersahaja ketika mengemudi segmen yang memaparkan perkembangan sukan tempatan dan antarabangsa selama lebih empat minit itu.

Antara bahan berita dibaca Hannah adalah paparan mengenai penyertaan Malaysia di Sukan SEA diikuti proses penurapan Litar Antarabangsa Sepang serta prestasi Harimau Malaya yang mencatat dua kemenangan dengan menumpaskan Turkmenistan 1-0 dan Hong Kong 2-0 pada aksi persahabatan antarabangsa Tier 1, baru-baru ini.

Stadium RTM merupakan salah satu slot baharu dalam Berita Perdana yang tampil dengan wajah baharu bermula pada Sabtu menerusi pendekatan skrip lebih ringkas, penyampaian yang dinamik manakala durasi pula dipendekkan daripada sejam kepada 30 minit bersempena ulang tahun ke-77 RTM.

Di penghujung siaran, Hannah turut mengambil kesempatan mengucapkan selamat ulang tahun ke-77 kepada RTM sebelum mengakhiri segmen dengan mengungkapkan ‘Teman Setia Anda’, yang merupakan moto stesen penyiaran itu.

Beliau juga memuat naik satu hantaran di laman Instagram yang memaparkan wajahnya serta pembaca berita RTM lain beserta kapsyen “bucket list” berhubung pengalamannya membaca berita di stesen televisyen milik kerajaan tersebut, yang bersiaran pada 8 malam setiap hari.

“Terima kasih @beritaRTM atas keyakinan yang diberi kepada saya sebagai penyampai pertama untuk segmen ini,” katanya dalam satu lagi hantaran di laman Instagram ketika mempromosi Stadium RTM, Khamis lepas (30 Mac).

Hannah yang membuat penampilan sebanyak dua kali dalam segmen Stadium RTM akan kembali bersiaran esok (2 April).

Selain Stadium RTM, wajah baharu Berita Perdana turut dimantapkan dengan satu lagi segmen baharu iaitu “H-Klik” yang mengetengahkan perkembangan seni kreatif dan hiburan tanah air

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kantoi Curang, Da’i Pukul & Maki Kekasih (Video)

Lelaki Paling Dayus – Pachara Dedah Betapa Kejamnya Afiq Muiz

Musa kena betulkan dirinya dulu – Elly Afizahwati

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker