Azhar Idrus tak dibenar ceramah di Sarawak
Azhar Idrus tak dibenar ceramah di Sarawak
Azhar Idrus antara penceramah bebas yang tidak dibenarkan mengadakan ceramah agama di masjid dan surau di Sarawak.
Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dr Abdul Rahman Junaidi, berkata penceramah tidak mempunyai latar belakang lengkap bidang agama tidak dibenarkan mengadakan ceramah.
Beliau yang bertanggungjawab dalam hal ehwal Islam negeri berkata, larangan itu terpakai kepada mereka yang tidak diberi tauliah oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), termasuk di beberapa negeri lain di Semenanjung.
“Sebelum ini pun ada beberapa orang penceramah yang tidak beri tauliah untuk berceramah di Sarawak kerana mereka tidak ada latar belakang lengkap dalam bidang agama dan pada sama ada juga beberapa orang tidak mendapat tauliah di Semenanjung, maka kita pun mengambil tindakan sama.
“Jabatan Agama Islam Sarawak (Jais) memberi penekanan hanya kepada penceramah agama yang ada latar belakang lengkap untuk menyampaikan maklumat mengenai hal ehwal Islam kepada masyarakat Islam di seluruh Sarawak,” katanya menurut Harian Metro.
Rahman berkata, jika ada penceramah bebas khususnya dari Semenanjung berhasrat menyampaikan ceramah, mereka harus menghubungi pihak Jais secara peribadi.
“Ini bagi membolehkan pihak Jais membuat penelitian kerana hanya mereka yang diberi tauliah dikeluarkan oleh pengarah Jais saja boleh menyampaikan ceramah,” katanya.
Pada 12 Mac, akhbar itu melaporkan, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) setakat November lalu menyatakan Azhar antara 30 pendakwah selebriti yang tidak mempunyai tauliah berceramah dan kuliah di negeri itu. FMT
Azhar Idrus tak dibenar ceramah di Sarawak
Baca Artikel Menarik:
- Mahkamah Kuwait jatuhkan hukuman penjara 10 tahun ke atas Jho Low
- MP PAS digantung 3 hari
- Mahakamah Persekutuan putuskan Jumaat ini kedudukan akhir Najib Razak
- Janna tayang badan seksi lepas ‘workout’, netizen minta hormat bulan Ramadhan
- Fadzil soal Diana, netizen kecam tak payah ‘busy body’
- Rasmi X90 SUV terbaru PROTON
- Arab Saudi sahkan Anwar dijadual bertemu Raja Salman – Wisma Putra
- Fadhlina jawab sindiran MP PAS, Saya mengajar 10 tahun di UKM
- Farid Kamil ada bukti wujud orang ketiga dalam rumah tangga
- Ameera Khan : Pemuda Indonesia Pasrah Dan Sanggup Terima Jadi Isteri
- 50 khemah karnival Aidilfitri terbalik, barang jualan rosak dibadai ribut [VIDEO]
- Diana elak Farid peluk
- Anak pengasas Dnars buat tuntutan hadhanah terhadap adik bongsu
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Diana peroleh hadanah interim dua anak