Wanita tayang beg tangan emas berharga RM150,000 [VIDEO]

Mira menunjukkan beg tangan emas yang dibelinya. – TikTok

Aksi seorang pengusaha produk kecantikan dari Indonesia  membeli emas yang  diukir menyerupai jenama beg tangan mewah tular selepas dia mendedahkan bahawa  beg tangan emas tersebut berharga 515 juta rupiah (RM150,160), lapor portal berita Wolipop semalam.

Wanita itu dikenali sebagai Mira Hayati. Dalam hantarannya di laman TikTok, dia  menunjukkan resit pembayaran beg tangan emas tersebut yang dibeli pada 24 Mac lalu.

Beg tangan itu diperbuat daripada emas seberat 531.25 gram dengan ketulenan  87 peratus.

“Alhamdulillah, Masya Allah, Tabarakallah. Beli beg tangan emas dan beberapa barang kemas lain yang kesemuanya berharga 553.9 juta (RM161,502),” kata Mira dalam klip video tersebut.

@_mirahayati

♬ suara asli – Mira hayati – Mira hayati

Dalam resit pembayaran yang dikongsikan kepada netizen, Mira turut membeli sebentuk cincin emas seberat 40.2 gram pada harga 38.99 juta rupiah (RM11,368).

Menurut Mira, dia sengaja memilih beg tangan emas yang rekaannya menyerupai beg tangan jenama mewah, Dior.

“Rasa bangga kerana memiliki koleksi beg tangan Dior. Kalau beg tangan biasa, sudah banyak tetapi kalau emas sebenar, inilah dia,” ujarnya.

Hantaran itu menjadi tular dan menerima pelbagai komen netizen.

“Apabila difikirkan, lebih baik beli beg tangan emas begini daripada beg tangan berjenama mewah sebenar yang berharga berbilion-bilion rupiah,” kata seorang pengguna. – Agensi

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ini kata Ibu Syamsul kepada Puteri Sarah Liyana

Kazar Saisi akhirnya bersuara

Pulanglah, aku rindu – Farid Kamil

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker