Ustazah Asma Tegur Influencer Jalinkan Hubungan Dengan Pasangan Beza Agama

Ustazah Asma Tegur Influencer Jalinkan Hubungan Dengan Pasangan Beza Agama

Penceramah bebas iaitu Ustazah Asma Harun merupakan seorang penceramah bebas yang mana cukup dikenali oleh khalayak ramai. Beliau telah membuat satu perkongsian dan nasihat di laman sosial instagramnya tentang seorang influencer yang menjalinkan hubungan dengan pasangan bukan Islam.

“YA, AGAMA KAMI BERBEZA TETAPI SAYA TAK FAHAM KENAPA RAMAI YANG STRESS TENTANG PERBEZAAN TU?”-



Jawapan yang diberikan oleh influencer tersebut mengenai hubungan yang dia jalinkan dengan orang bukan Islam tersebut telah menarik perhatian Ustazah Asma Harun untuk memberi nasihat dan percerahan tentang hubungan antara orang Islam dan bukan Islam.


VIA Instagram Ustazah Asma Harun

Menurut beliau, lebih membimbangkan apabila mereka melakukan perkara yang tidak senonoh seperti berpeluk,cium dan tidak menutup aurat di khalayak ramai. Beliau menyatakan bahawa perbuatan yang mereka akan memberi ketidakselesaan kepada masyarakat bahkan ianya juga akan menimbulkan salah faham tentang perbuatan itu seolah-olah menjadi suatu kebiasaan.

HUBUNGAN ANTARA ORANG ISLAM DAN BUKAN ISLAM- Ustazah Asma Harun




VIA Instagram Ustazah Asma Harun

Ustazah Asma Harun telah memberi pencerahan di laman sosial instagramnya ,terdapat beberapa situasi dalam isu hubungan yang berlainan agama ini. Situasi pertama iaitu situasi yang mana hubungan orang Islam sesama Islam yang mana menurut hadis sahih,

Rasulullah SAW pernah bersabda:

تَزَوَّجُوا الْوَدُودَ الْوَلُودَ فَإِنِّي مُكَاثِرٌ بِكُمُ الْأُمَمَ



“Kahwinilah kamu akan wanita yang penyayang, subur kerana aku merasa bangga dengan memiliki umat yang banyak.”

(HR Abu Daud, hadis sahih)


VIA Instagram Ustazah Asma Harun

Situasi kedua iaitu situasi yang mana hubungan orang Islam dengan bukan Islam. Beliau telah mengatakan bahawa Islam merupakan agama yang sangat indah ,menuntut kita berkawan dengan semua orang tanpa mengira bangsa dan agama serta menjaga hubungan dengan baik. Namun begitu, untuk dijadikan pasangan hidup islam meletakkan syarat yang mana kedua-duanya BERAGAMA ISLAM.



Semoga dengan nasihat dan perkongsian yang diberikan, dapat memberi pencerahan tentang isu ini.

Ustazah Asma Tegur Influencer Jalinkan Hubungan Dengan Pasangan Beza Agama


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Ibu Puteri Balqis Bongkar Sikap Jahat Bekas Suami (Video)

Bapa Puteri Balqis lapor polis isu gangguan seksual



Khairy bertanding di Seremban? Pasti panas

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker