Penganjur ‘ratu pondan’ dipanggil JAIM

MELAKA – Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) telah memanggil penganjur acara peragaan ‘ratu pondan’ ke pejabat itu pada Selasa.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman, berkata, bagaimanapun sehingga ke hari ini pihak penganjur yang merupakan orang luar dari negeri ini gagal berbuat demikian.

Menurutnya, telah mengenal pasti pihak pengajur dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan lebih tegas sekiranya penganjur mahu meneruskan acara yang tidak dibenarkan berlaku di Melaka.



“Kalau bukan dalam bulan ini (Awal Muharram) pun kami tidak akan benarkan, termasuk apa yang boleh mencemarkan kesucian dan keharmonian Melaka dengan penganjuran sedemikian.

“Penganjur kita dah panggil, setakat ini masih lagi tak datang, kalau dia datang pun kami memang tidak akan teruskan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Perhimpunan dan Penyampaian Anugerah Tokoh Maal Hijrah sempena Sambutan Maal Hijrah 1445H peringkat negeri di Auditorium Al- Azim di Bukit Palah di sini, pada Rabu.

Hadir menyempurnakan majlis Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Mohd Rustam.



Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Molek berkata, pihaknya akan melibatkan pihak polis sekiranya penganjur masih berdegil.

Sinar Harian pada Ahad lalu melaporkan Melaka menegaskan tidak akan membenarkan sebarang penganjuran acara peragaan ‘ratu pondan’ yang didakwa bakal diadakan di sebuah hotel terkemuka di negeri ini.

Rahmad berkata, setakat ini belum ada sebarang permohonan rasmi dibuat namun pihaknya telah mengenal pasti penganjur program berkenaan.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nak jadi janda sekejap saja – Puteri Sarah



Baby Shima dikafirkan kerana mahu saman pemimpin PAS dan PU Syed

Tak segan cium Alif Hadi, Yasmin Hani undang kecaman (Video)



Gangguan seksual terhadap Rara, laporan polis dibuat

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker