Sindiran ketua penerangan PN ibarat ‘rumah siap, pahat berbunyi’

Sindiran ketua penerangan PN ibarat ‘rumah siap, pahat berbunyi’, kata pembangkang

Beberapa Ahli Parlimen PKR dan Amanah membidas kenyataan ketua penerangan parti komponen Perikatan Nasional (PN) yang meminta pembangkang menghentikan sikap bermuka-muka dalam hal berkaitan sokongan serta undi percaya kepada Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

Ketua Penerangan PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin menyifatkan kenyataan itu sebagai sindiran yang menunjukkan PN masih terus ingin bermain politik.



“Ini persis makna peribahasa, rumah sudah siap pahat masih berbunyi,” katanya kepada FMT.

Shamsul yang juga Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya berkata, fakta menunjukkan yang menarik sokongan daripada menyokong bekas Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin ialah kumpulan mereka sendiri dan bukannya pembangkang.

Semalam, ketua penerangan parti komponen PN berkata sikap bermuka-muka dalam hal berkaitan sokongan dan undi percaya kepada Perdana Menteri tidak lagi diperlukan kerana negara memerlukan kestabilan.

Kenyataan bersama itu ditandatangani Ketua Penerangan Bersatu, Wan Saiful Wan Jan; Ketua Penerangan PAS, Kamaruzaman Mohamad; Ketua Penerangan Parti Maju Sabah (SAPP), Chin Vui Kai; Ketua Penerangan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Jeffrey Kumin; dan Ketua Penerangan Gerakan, Koo Shiaw Lee.



Dalam kenyataan sama, semua ketua penerangan terbabit menyatakan undi percaya tidak lagi diperlukan berdasarkan Perlembagaan Persekutuan.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil menganggap mungkin ketua penerangan parti komponen PN itu “tidak mengetahui” satu memorandum persefahaman antara Pakatan Harapan (PH) dan kerajaan telah ditandatangani semalam.

Semalam, kerajaan dan PH menandatangani Perjanjian Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi sebagai tanda komitmen bersama kedua-dua pihak bagi mengukuhkan kerjasama rentas parti serta mengembalikan semula kestabilan politik.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad berkata, PN yang bermuka-muka berikutan menjadi punca kejatuhan kerajaan PH sebelum ini.



Beliau berkata dalam kerajaan menghadapi pandemik Covid-19, PN juga melalui ‘langkah Sheraton’ menjatuhkan kerajaan PH.

“Dalam kerajaan berdepan pandemik dan jangan berpolitik, mereka jatuhkan kerajaan negeri PH seperti Johor, Perak, Melaka, Kedah dan akhirnya Sabah yang menyebabkan lonjakan Covid-19,” katanya.
FMT

Sindiran ketua penerangan PN ibarat ‘rumah siap, pahat berbunyi’


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Ratusan surat beta terima dari rakyat, rintih penuh duka – Agong



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker