Zahid umum tiga pengerusi baru Umno negeri

Zahid umum tiga pengerusi baru Umno negeri

Umno mengumumkan pelantikan bekas Naib Presiden Umno, Mahdzir Khalid, sebagai pengerusi baru untuk mengetuai parti itu di Kedah bagi menggantikan Jamil Khir Baharom.

Mahdzir antara tiga nama yang diumumkan Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi, bagi memegang jawatan pengerusi Umno negeri yang baru.

Ketua Umno Arau, Rozabil Abdul Rahman, pula dilantik sebagai Pengerusi Umno Perlis untuk menggantikan Azlan Man yang baru-baru ini kalah dalam persaingan merebut jawatan ketua bahagian di Kangar.

Bekas anggota Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Jalaluddin Alias pula dilantik sebagai Pengerusi Umno Negeri Sembilan.

“Di Perlis, Rozabil dilantik sebagai pengerusi, manakala timbalannya ialah Mohd Fathul Bari Mat Jahaya. Di Kedah, Mahdzir pengerusi, timbalannya ialah Abdul Azeez Abdul Rahim.

“…Negeri Sembilan Jalaluddin pengerusi, timbalannya ialah Hashim Rusdi, Melaka Ab Rauf Yusoh dan timbalannya Rais Yasin,” kata Ahmad Zahid pada sidang media di ibu pejabat Umno di Kuala Lumpur, hari ini.

Zahid mempengerusikan mesyuarat MKT buat pertama kalinya selepas pemilihan Umno Sabtu lalu.

Pada majlis itu juga ahli MKT Umno yang menang pada pemilihan turut mengangkat sumpah jawatan dihadapan Ahmad Zahid dan Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan.

Sementara itu Ahmad Zahid menegaskan yang Umno akan terus menyokongan kerajaan perpaduan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Katanya Umno akan terus mendukung kerajaan perpaduan demi memastikan kestabilan negara terus terpelihara.

“Yang paling penting kepimpinan sekarang mendukung kerajaan perpaduan yang ada. Dokongan daripada Umno ini cukup-cukup berpadu.

“Umno mendukung sepenuhnya kepimpinan Anwar sebagai perdana menteri,” katanya lagi.

Mengulas mengenai pembahagian kerusi bagi pilihan raya negeri (PRN) tidak lama lagi Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata perundingan secara rasmi belum berlangsung.

Bagaimanapun tambah Ahmad Zahid rundingan secara tidak rasmi sudah berjalan.

“Ketua sekretariat kerajaan perpaduan akan memperincikan butiran yang akan dibincangkan,” tambahnya lagi. Mk

Zahid umum tiga pengerusi baru Umno negeri

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Cerita Bossku belum tamat – Khairy

Syamsul dakwa Puteri Sarah curang dengan bekas kekasih

Adi Putra Digugurkan dari Mat Kilau 2

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker