Waspada jangkitan tifoid di bazar Ramadhan

RAMADHAN menjadi medan ramai peniaga makanan untuk membuka gerai dan menjual pelbagai juadah.

Justeru, perkara paling utama adalah mengelak penyakit bawaan makanan dan air seperti keracunan makanan yang kerap berlaku di bazar Ramadan.

Insiden keracunan makanan di Terengganu disebabkan puding buih tercemar membabitkan 99 kes dan satu kematian, pada 2020 perlu dijadikan iktibar.

Lantas, pengendali makanan di bazar Ramadan harus mengamalkan pengendalian makanan dan minuman yang selamat untuk mencegah risiko pencemaran makanan dengan memohon permit dan mengambil vaksin tifoid.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (FSQD), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Ruba Sundaram Muthusamy, mengingatkan pengendali makanan memainkan peranan penting dalam mencegah penularan demam tifoid.

Katanya, menjadi tanggungjawab mereka mengendalikan makanan secara selamat untuk mengelakkan pencemaran makanan dan penyebaran penyakit seperti demam tifoid.

“Penyakit ini lazimnya, berjangkit melalui pengambilan makanan atau minuman tercemar dengan najis seseorang yang menghidapi penyakit tifoid.

“Sesetengah individu boleh menjadi pembawa tanpa menunjukkan sebarang gejala. Ini bermakna secara tidak sedar, mereka boleh menyebarkan penyakit ini,” katanya.

Dos penggalak vaksin tifoid

Beliau berkata, demam tifoid mudah menular dan boleh menyebabkan wabak dan dicegah melalui peningkatan sanitasi, pengendalian makanan dan minuman yang selamat serta pengambilan vaksinasi tifoid.”

Suntikan vaksin tifoid digalakkan diambil sekurang-kurangnya dua minggu sebelum membuka gerai untuk mencegah jangkitan dan seterusnya penularan demam tifoid.

“Imuniti diperoleh daripada vaksinasi tifoid akan berkurangan dari semasa ke semasa. Anda dikehendaki mendapatkan dos penggalak vaksin tifoid setiap dua tahun.

“Oleh itu, pengendali makanan harus mengambil dos penggalak vaksin tifoid.

“Jadi, pastikan menjadualkan vaksin secepat mungkin. Vaksinasi tifoid boleh didapati di kebanyakan klinik dan hospital swasta serta beberapa majlis perbandaran tempatan,” katanya.

Adakah tifoid berbahaya?

Menurut Pakar Perubatan Kesihatan Awam dan Ketua Sektor Penyakit Cegahan Vaksin /Bawaan Makanan dan Air, Bahagian Kawalan Penyakit, KKM, Dr Mohd Hanif Zailani, tifoid atau demam kepialu adalah sejenis penyakit berjangkit boleh mengancam nyawa disebabkan oleh bakteria ‘Salmonella typhi’ dan biasanya merebak melalui makanan dan minuman tercemar.

“Gejala demam tifoid tidak berlaku serta-merta. Ia biasanya mengambil tempoh satu atau dua minggu selepas seseorang dijangkiti.

“Demam panas berpanjangan, badan lemah dan lesu, sakit perut, sembelit atau cirit-birit, dan kadangkala ruam seperti bintik merah yang rata pada bahagian atas badan, antara gejala dikaitkan dengan demam tifoid,” katanya.

Bagi kes yang parah, demam tifoid boleh menyebabkan kebocoran usus dan pendarahan gastrousus, selain keradangan hati, pundi hempedu, jantung, otak dan radang paru-paru sehingga berisiko maut.

“Disebabkan ini demam tifoid tidak boleh diambil mudah dan harus diberi rawatan awal untuk mengelakkan kesan teruk berlaku akibat penyakit ini,” tegasnya.

Panduan praktikal untuk pengendali bazar Ramadhan

.Gunakan pakaian bersih, penutup kepala dan apron berwarna cerah tanpa poket.
.Jangan pakai barang kemas elak cucian tangan yang tidak bersih dan memerangkap kotoran yang boleh mencemarkan makanan.
.Ganti sarung tangan selepas menggunakan bilik air, merokok, batuk, bersin, mengendalikan bahan mentah atau makanan jika terkoyak.”
katanya.
.Jangan merokok semasa penyediaan dan pengendalian makanan.
.Pastikan anda mempunyai jadual pembersihan supaya membersihkan premis sepanjang tempoh operasi tanpa gagal.
.Pastikan hanya mereka yang menghadiri Latihan Pengendali Makanan dari Institusi Latihan Pengendali Makanan diiktiraf oleh KKM dan sudah
mendapatkan suntikan vaksin tifoid dibenarkan menyediakan makanan di gerai. BH

Waspada jangkitan tifoid di bazar Ramadhan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Cerita Bossku belum tamat – Khairy

Syamsul dakwa Puteri Sarah curang dengan bekas kekasih

Adi Putra Digugurkan dari Mat Kilau 2

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker